Senyum

Bagaimana jika menggunakan blog bagi menyaring semula maksud pembacaan untuk dimaklumkan mengenai buku-buku yang wajar dicari untuk dibaca sebagai mana kejayaan yang diwujudkan oleh Komsas dalam mengketengahkan cara fikir warga kita?

Sudah ramai yang melakukannya.

Bagaimana pula jika tafsiran Al-Quran dan Hadis dilakukan seperti konsep Komsas dalam menyuburkan akidah sebagai ciri yang mendokong sifat kepimpinan?

Dikau masih  ada  isu?

Membicarakan buku Bidadari-Bidadari Syurga meninggalkan kesan yang relevan ke atas minda mengenai isu yang tidak wajar dipolemikkan iaitu adakah minda lelaki lebih rendah dari minda wanita apabila ia melibatkan wanita-wanita juga lelaki-lelaki  yang dianggap memiliki estim diri yang rendah?

Siapakah yang mencetuskan estim rendah diri bagi pihak Laisa?

Apa yang tidak wajar diabaikan ialah diri Laisa itu sendiri tidak mewujudkan rasa kekurangan dan rendah diri.

Malah ‘harimau’ juga turut mengkagumi rupa hodoh Laisa dan masyarakat serta lengkungan komunitinya sendiri meletakkan kesedaran bahawa Laisa itu manusia sempurna yang tidak  cacat.

Soalnya siapakah yang memaksa agar Laisa berasa rendah diri?

Mungkinkah tipu daya syaitan jika  tiada  wujud  sifat hasad dan iri hati?

Telekomunikasi dan peralatan teknologi yang menjadi alat mensasarkan  bidang tugas bagi  kegunaan  tenaga  dalam  memperolehkan kaedah  yang mendekatkan hubungan kekeluargaan yang jauh terpisah dinyatakan secara halus oleh  buku  ini.

Masih ada isu?

Semakan dari bacaan-bacaan ternyata wujud trend semasa yang diberikan tema untuk dihasilkan pengkaryaan yang berfokus kepada agenda yang terlebih dahulu direncanakan isu dan halangan cabaran yang akan ditempuhi berdasarkan kepada apa yang telah terjadi ke atas manusia dan alam ini.

Tempuh masa yang dijangkakan hayat untuk sesuatu tema itu adalah di antara 10-20 tahun yang turut meletakkan Islam sebagai kaedah bagi dijadikan pendekatan untuk disederhanakan potensi dan kemampuan muslimin dalam berbagai bidang.

Senyum dan  mari tersenyum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s