Minda Atau Mesin Pengimbas 2

(sambungan Minda Atau Mesin Pengimbas)

Meninggalkan masjid ditemui sebuah Kolej bekas istana lama yang digunakan sebagai bangunan sekolah yang terkenal dan menjadi mercu kebanggaan bersama masyarakat di daerah kelahirannya.

Jiwa keluarga istana yang membina mahligai baru telah diwakafkan tanah istana baginda untuk dijadikan kawasan sekolah membuatkan daerah kelahiran turut ditandai oleh kejayaan sebuah Kolej di samping sebuah sekolah agama yang terkenal dituturkan mempunyai kelebihan tersendiri.

Laluan setiap hari di hadapan bangunan ini terasa sama dengan laluan setiap hari masa ini tatkala membelah masa yang mahu dianggap sebagai pemberian terbaik tetapi penuh rahsia.

Lalu lalang di situ mundar mandir di situ merupakan laluan pulang dan pergi dari sekolah ke rumah.

Sekadar melintas dan lalu sahaja waktu itu tidak pernah diketahui sebagai kesalahan.

Malah setiap hari perlu memasuki lorong kecil kejiranan tidak pernah rasanya dibinasakan dengan meragas atau meragut apa yang tidak menjadi hak untuk diperlakukan demikian.

Tidak ada buah-buahan yang diragut sambil berjalan di bawah rendangan pohon ceremai sebelum ditanyakan kepada pekedai yang dianggap tuannya walau pun bukan dia yang menanamnya.

Malah tatkala terpaksa melalui ampaian sidaian baju-baju dengan membongkok diangkatkan kain yang dijatuhkan oleh angin tanpa sengaja.

Nilai kehormatan sesama kejiranan dipesan setiap waktu oleh ibu bapanya agar jangan dikurangi atau dicemar dengan perbuatan yang upaya mendatangkan khianah.

Rumah-rumah yang mampu disewa oleh bapa-bapa kami bukan dari jenis rumah batu tetapi rumah kayu yang sederhana binaannya.

Bukan seperti rumah setinggan yang dibina bagaikan cendawan tumbuh sehingga menjejaskan kualiti persekitaran yang tidak tenteram oleh susun penempatannya yang tidak teratur dan tidak lengkap oleh sesalur sistem perparitan. Malah masaalah kumbahan yang tidak diselia secara teratur upaya mencemarkan kesegaran udara oleh pembinaan yang tidak terancang.

Namun kini kewujudan sempadan walau digariskan seperti tidak membawa apa-apa makna apabila boleh sahaja sesiapa yang menghalang keinginan atau sesuatu perencanaan, disingkirkan secara rahsia atau secara terbuka.

Malah tatkala tiada sempadan akan berdiri tembok yang menjadi halangan untuk dilunaskan makna kasih sayang.

Tanpa disedari interaktif permulaan yang sudah berusia empat tahun itu dibangunkan untuk dimajukan telah wujud pertautan sessi perjudian poker sesudah dipertalikan dengan datingonline.

Siapakah yang begitu mulia hatinya melacurkan dan dijajakan permulaan yang berniat mencari kebenaran oleh kerakusan interaktif sehingga tidak upaya status diri kekeluargaan dihormati akibat dari penyamaran yang menjadi ketagihan dan secara tidak disedari mulai melunarkan kebinasaan di dalam sebuah rumah tangga?

Sehingga anak-anak mulai berceraian kasih sayang dan penghormatannya oleh kehilangan fokus orang tua mereka terhadap tanggunjawab di dalam kehidupan.

Tanpa diketahui lelaki-lelaki yang entah bagaimana sifatnya mendiskriminasi untuk memonopoli hak asas bagi kaum perempuannya.

Tanpa diketahui disindir cerca dihina nista semahu-mahunya hanya kerana polisi ideologi.

Tanpa pernah dimaklumi segala-galanya diraih dengan penuh nikmat sebelum dituju ungkap merendahkan rasa catatan ditafsir gila kurang kewarasan setelah menghasut itu semakin lusuh kini ditata-hala sebagai merepek mengarut atas nama tiada intelek kerana rendah pendidikan.

Kebiadapan ini tidak adil dilakukan kepada individu awam yang bukan bergelar seleberiti.

Tidak adil dimotivasikan naluri manusia untuk hidup di dalam dunia khayalan tanpa menjejak realiti.

Makna kejiranan yang dibatas oleh sempadan memerlukan penghormatan untuk dihayati?

Mahu mengenal adab etika moral Rasulullah Sallallahualaissalam?

Bagaimana upaya diabaikan deretan 40 kejiranan di kiri kanan di depan dan belakang?

Ini sudut universal dari Sabda Rasulullah Salallahhualaihissalam yang selama ini hanya di lihat dalam konteks kejiranan semukim/daerah/kampung sahaja!

Kini jarak Utara dengan Selatan kejauhan di antara Barat dengan Timur telah didekatkan lalu bagaimanakah jiran sesama jiran saling bermusuhan?

Ketinggian prinsip moral ini bagaimanakah mahu dihayati tatkala kejiranan lebih dimaksudkan dengan ‘desperate wife/husband’  lantas dimotivasikan untuk lebih dietikakan bukan dengan hak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s