Minda Atau Mesin Pengimbas?

Saya sedang mengimbas semula sejarah diri.

Saya bukan dilahirkan dari kalangan ahli keluarga india atau tionghua tetapi bukan pula saya ini berkeluargakan umno walau pun saya orang melayu.

Tanpa masa lalu saya tidak mempunyai wajah dan rupa diri untuk masa kini.

Tanpa ibu ayah tiada anak yang upaya dikenali kekeluargaannya.

Sekolah saya terdahulu adalah medan kasih sayang manusia untuk beretika berperadaban dan berpendirian.

Sekolah kecil yang menampung hanya pelajar perempuan itu mempunyai jiran yang tinggi status keluarganya.

Sebuah sekolah kebangsaan perempuan berjiran dengan Istana kediaman rasmi sebuah nasab keturunan Di Raja.

Setiap hari melintasi istana.

Setiap hari memasuki laman istana yang dijagai oleh pengawal di hadapan dan di belakang istana.

Setiap hari lalu lalang mudar mandir pergi dan pulang di dalam kawasan larangan sebuah istana.

Namun tidak pernah kami terserempak dengan pemilik istana yang membenarkan budak-budak sekolah kebangsaan itu beramai-ramai melintasi laman istananya sebagai jalan pintas pergi dan balik dari rumah ke sekolah.

Ada pohon-pohon saga merah turut memagari tembok-tembok indah istana.

Ada pondok tempat istirehat pengawal istana.

Ada taman-taman bunga yang dijaga rapi dengan bunga-bungaan yang berbagai warna.

Ada bangunan kecil yang hanya dipandang dari jauh didakwa sebagai tempat simpanan peralatan musik tradisi lama istana yang digunakan pada upacara-upacara rasmi Di Raja seperti penabalan kemasyuran perlantikan Sultan dan Putra Mahkota.

Kami melihat setiap hari perkarangan istana yang pintu-pintunya sentiasa terbuka.

Kami melihat setiap hari kesunyian sebuah istana.

Kami melihat juga sisa-sisa baki dari peninggalan istiadat rasmi istana seperti pentarakna selepas selesai upacara perkahwinan Di Raja dilansungkan.

Kami memandangnya dari jauh.

Kerana hanya itu sahaja laluan yang dibenarkan untuk dilalui oleh budak-budak perempuan yang sekolahnya berjiran dengan istana.

Di hujung laluan menuju pulang biar pun bukan kawasan istana kami lalui kawasan kediaman penjawat-penjawat istana.

Kemudian di hujung laluannya kami memasuki masjid tua yang menaungi pusara Di Raja.

Setiap hari secara diam-diam dibaca ayat-ayat pendek yang dihafal tatkala melalui pusara yang dijaga rapi dengan balutan kain kuning dan bersih serta wangi.

Waktu itu tidak pasti mengapa dibaca ayat-ayat itu selain dari berasa keheningan yang damai waktu melintasinya.

Sesekali ada di antara kami duduk di petak yang tersedia sambil melepaskan lelah.

Melihat persekitaran sepi permakaman Di Raja terasa di hati untuk mengetahui bagaimana rupa dan keadaan berada di bawah bumi.

Lintasan perasan kanak-kanak ketika berusia sekitar enam tahun selalunya jujur.

Dan terasa amat sukar untuk menemui kejujuran seperti di usia itu lagi pada usia-usia yang kian dewasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s