Minda Atau Mesin Pengimbas 3

(sambungan minda atau mesin pengimbas 2)

Apakah yang berjaya dihalusi oleh laman hiburan mengenai kejiranan jika bukan saling untuk dikekalkan kepopularitian sedangkan kebebasan dari jalan syahwat itu wajar bukan proses yang menjadi matlamat muslimah berinteraksi di ruang mana ia berada.

Dipersaingkan untuk nama dan gelaran?

Hentikan sila hentikan pautan khayalan yang tidak ada keserasian ini !

Kita tidak ada keserasian roh!

Menyayangi dan mengasihi pada dekad ini adalah dengan menghormati dan mematuhi perintah Allah.

Apakah wujud manusia yang tidak diciptakan oleh Tuhan?

Mahu terus dilayani khayalan iron man cyborgkah atau tempelan dan cucuhan botox selain implant?

Jurang pemisahan juga berlakukah ke atas sekolah?

Benarkah begitu?

Sekolah bestari tanpa masalah keciciran?

Sekolah islami tanpa pelajar yang ketagih filem porno?

Sekolah umum tanpa ada yang berjaya di dalam kehidupannya?

Sekolah asrama tanpa pelajar yang gagal dengan sekolah tanpa asrama namun tetap wujud kejayaan?

Wajar dan terasa sangat wajar warga dibekalkan dengan pecahan sebenar peratusan yang disumbangkan oleh pendidikan.

Misalannya mengikut data yang dicatat dari sumber di tanah air pecahan mereka yang berjaya menamatkan persekolahan menengah adalah jumlah yang tertinggi mewakili warga kami.

Kumpulan pertengahan ini wajar disedarkan bahawa mereka merupakan suara terbanyak yang apabila bijak digunakan ia memberikan kemanafatan kepada semua.

Tidakkah data hanya anggaran kasar yang diambil secara rawak untuk dijadikan analisa?

Yang bermakna masih ianya tidak tepat.

Seperti mana anggaran margin yang membolehkan diperolehi diraih keuntungan bagi dagangan yang masih belum berlaku lagi sehingga bacaan defisit menularkan kembali dimonopoli industri-industri baru dan ia berulang berulang berulang dengan kesemua masaalah dibebankan kepada mukmin yang tidak memegang kuasa tetapi hilang kekuatan kerana diberikan pemilikan kelemahan, ke wajah siapa yang sebenarnya mahu dilihat?

Seperti mana disasarkan setiap masa kejadian meletupkan diri yang dilakukan oleh wanita berhijab lalu dihalakan biasan sehingga kemuliaan cara berpakaian muslimah terus dicerca umpat fitnah bukan susuk jasad peribadi yang memakai pakaian itu sedia dibicarakan.

Apakah kegagalan literasi kritis minda digambarkan oleh ketidak sediaan- terbukanya minda untuk memahami titik permulaan pemahaman proses berlakunya setiap peristiwa tidak mungkin berlaku begitu sahaja tanpa kemunasabahan berdirinya alasan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s