Ketenatan Prejudis

Persepsi sedia diubah tetapi pendirian masih kekal diutamakan mengikut kepro-aktifan kegiatan dan aktiviti yang diterjemahkan mengikut keperluan mengapa ia berterusan dilakukan.

Anak dara saya suka kepada seni hiasan diri yang menjadikan dia sedia berjam-jam berjalan-jalan menyusuri premis-premis peragaan pakaian yang tidak lagi sedia dituruti kemahuannya menjadikan dia sedia membiarkan saya menantinya di tempat yang dipersetujui untuk kami bertemu.

Dia hanya mengamati dan menghargai reka cipta pakaian bukan berniat membelinya melainkan apabila wujud tawaran jualan penghabisan stok atau ketika penyesuaian harga dilakukan sementara menunggu ketibaan ‘design-design’ baru dipasarkan.

Dia mengelak dari membayar lebih dari 60 riyal untuk sehelai dua pakaian.

Satu sikap yang terpuji setelah berterusan mendapat runding nasihat dan pesan kami, dia mulai memahami nilai tinggi yang perlu dibayar hanya kerana ia direka oleh nama yang telah dijenamakan, sesuatu yang agak keterlaluan untuk ikuti.

Setelah bertahun-tahun dia menghargai penghormatan yang saya dan suami berikan dia mulai mengadun ilham reka daya diri dengan menggunakan baju-baju lama abangnya untuk diperbaharui mengikut cita rasanya sendiri. Malah saya turut teruja melihat berhari-hari dia menggunakan sebatang jarum dan selembar benang untuk membuka jahitan lama buat dijahit semula mengikut ukuran saiz dirinya sendiri yang disesuaikan dengan cita rasanya yang sederhana ringkas agak ‘up date’ tetapi masih mengekalkan nilai antik dari sifat konservatif jiwanya.

Seluar yang tebal sedia digunakannya pen-pen baju untuk menyemat tetasan kain agar upaya dikecilkan dan tidak kelihatan gedoboh apabila dipakaikan ke atas badannya.

Mesin jahit di sini amat mahal dan tidak berbaloi dibeli jika hanya untuk memenuhi minat dan bakatnya dalam bidang seni berhias diri.

Seperti mana sukarnya untuk mendapatkan sebuah mesin taip manual yang kembali wajar digunakan bagi menghukum sifat cela etika interaksi masa kini yang sedia menafikan hak-hak untuk individu memperolehi kejayaan, kami terkedu pemikiran untuk menjelaskan keikhlasan.

Kini fenomena masyarakat semakin menyerlahkan ketidak bolehan  menghargai dan menghormati hak-hak individu untuk berjaya.

Kesemua usaha seperti perlu dipecah-pecahkan untuk dinikmati atas nama perkongsian walau pun secara paksaan tanpa kerelaan.

Kedayusan zaman atau kedayusan peradaban menjadikan ketidak tentuan harapan.

Kemudian dia mulai mengubah langkah kakinya dari menyusuri Villagio, City Centre, The Mall dan Landmark dengan menghala ke Souk.

Premis yang tidak menerima bayaran dilakukan dengan kad kredit.

Premis yang mengajar bagaimana makna harga upaya direndahkan atas budi bicara dan ketiadaan broker yakni penglibatan orang tengah  yang menetapkan harga jualan.

Malah tidak keterlaluan di premis  ini upaya ditemui peniaga-peniaga yang jujur yang sedia menghargai pembeli mereka dengan berkata benar mengenai sesuatu pilihan yang dibuat oleh kami.

Di Souk anak dara ini memilih sehelai kain bernilai 12 riyal semeter dan dengan kadar upah 50 riyal bagi sehelai jubah tidak berlengan yang memenuhi ilham dirinya persepsinya terhadap makna berpakaian mulai terlihat.

Renungan dari bualan-bualan kami yang dilakukan dengan terbuka matang dan sedia untuk tidak ditentukan siapa yang lebih mendominasi menjadikan masih anak dara saya menghormati dan memberi perhatian kepada pandangan dan alasan-alasan yang cenderung membawanya ke arah mentaati  dan menerima penjelasan saya.

Mengamalkan sikap prejudis tidak membawa ke mana-mana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s