Bagaimana Suara Kasihan?


Catatan pada bulan Mei.

‘Pantry’ ruang istirehat dan menjamu selera di pejabat suami dan anak terbakar.

Pagi ini seperti biasa mereka ke tempat kerja seperti lazimnya tetapi tidak di dalam keadaan yang tergesa-gesa dan kelam-kabut.

Mereka bersarapan nasi goreng dengan air kopi dan Nescafe kacip Fatimah.

Kelihatan mereka tenang dan sempat anak dara meminta agar abah atau abangnya menghantarnya awal ke British Council bagi menghadapi kertas pertamanya sebagai calon persendirian IGCSE.

Puasa dibatalkan lagi setelah lutut dan hati bergetar terketar-ketar setelah hampir lima jam bersahur.

Penanda hemoglobin menurun dan mungkin telah mencecah sekitar 5/6 pada bacaannya.

Dan beberapa ketika pintu terbuka dan menjenguk wajah suami dan anak sambil berkata, ‘pejabat ditutup kerana polis sedang membuat pemeriksaan di atas kebakaran di ruang ‘pantry’ pejabat mereka.

Di sudut rasa mahu menjadikan puasa sebagai hadiah buat diperolehi ketenangan dan agar penyemakan ulangkaji anak menjadi soalan yang berkaitan dengan kertas yag akan dihadapinya tengah hari nanti.

Dan sebagai hadiah setelah mendengar nada rawan si manja kami yang mengatakan sessi akhir latihan bermain bolanya akan tiba pada hari Rabu.

Dengan bentuk fizikalnya itu didakap rasa waktu tidur anak tembam itu, ‘permainan ini tidak boleh wujud rasa belas kasihan atau simpati dalam membuat pilihan pemain kerana ia permainan berpasukan, yang memerlukan stamina dan keazaman sepasukan. Bukan boleh ia menjadi ruang medan acara yang dibolot secara bersendirian.”

Anak tersenyum dan malam itu dia tidur dalam dakapan ketenangan.

Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Bisik saya pada hati kini saat yang tepat untuk dinilaikan semula fungsi kuasa solo para pemilik veto yang tidak lagi wajar dibenarkan membuat keputusan secara ‘kuku besi’ jika benar ada adil pada demokrasi.

Karikulum dasar pendidikan sekolah kami di tanah air memenuhi ruang minda. Kemeriahan alam belajar menjadi saksi kami saling menghormati menghargai malah saling mengasihi.

“Siapakah yang mampu membayar purata antara 20-30,000.00 setahun? Siapa?”tiba-tiba minda dilolongi oleh suara yang entah dari mana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s