Dinihari di Lautan

Dinihari Sepi.

Warkah ini ditujukan khusus buatmu.

Bagaimanakah boleh saat ini diukur bagaimana kematian Rachel Corrie yang dianggap sia-sia oleh negaranya sendiri?

Jesteru itu khilafkah jika selama ini kegagalan tidak menjadi pengajaran terhadap sia-sianya perbincangan untuk menemukan perdamaian?

Keterlaluankah gesaan yang menuntut agar  diberikan hak kepada kerajaan di Gazza berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang berhak memelihara keselamatan rakyatnya.

Tekanan terhadap anutan pemikiran liberalkah yang mahu dijustifikasikan sedangkan diskriminasi itu tidak tergugat meski ianya khianat?

Rantaian kesengsaraan ‘dunia baru’ adakah bermula dari sumber yang sewajarnya diperkongsikan secara jujur tetapi menjadi rebutan yang membawa kepada penanggungan kos kerana penguasaan kuasa ekonomi dan politik?

Atau masih berfikir-fikir untuk berbelah bahagi rasa demi menimbang duga untung dan rugi?

Lalu ngin diketahui apakah pakaian budaya buat  globlalisasi dari sudut liberalisasi yang masih beriramakan diskriminasi?

Apakah maksud robekan kertas lakaran minda yang Cik Puan kiraikan di hadapan kamera tatkala pengesahan pasport tidak membenarkan Israel dimasuki tetapi bangunan kedutaannya semakin banyak berdiri di pelbagai lokasi?

Apakah boleh diucapkan tahniah bagi yang telah menjejakkan kaki di sana sebagai tanda tembok sempadan telah dilangkahi sebagai mana maksud berdiplomasi anjuran emansipasi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s