Sediakah Mereka Memboikot?

Kita biasa menemukan idea-idea pencapaian kejayaan pengasas pelbagai pertubuhan Yahudi dan Kristian yang dikongsikan bersama di serata dunia di mana mereka menemukan proses menilai pembicaraan Bible yang dikonsepkan sejajar dengan ransangan dan dorongan meningkatkan motivasi dan perkembangan potensi diri telah turut menjadi ikutan kita.


Dari sejarah awal bukan mereka sepenuhnya membina peradaban dunia kerana wujud peniruan yakni pengambilan dari kemajuan pembinaan masyarakat rabbani dari madrasah Rasulullah SAW (yang banyak dituturkan secara ilmiah) ditenggelami oleh ketidak-sediaan diwarisi sifat rabbani itu di dalam setiap bidang dan sudut kemajuan dan pembangunan jasad rohani intelek dan emosi muslim bagi memberdayakan fungsi bagi kelahiran tamadun yang nilai-nilai insannya berbeza dengan nilai kemanusiaannya untuk dibangunkan kemajuan yang dituntut oleh kemodenan oleh muslimin.


Muslim yang memanafaatkannya akan mulai memandukan pembicaraan Al-quran menerusi tafsir terhadap sesuatu nilai yang diperolehinya dan dihayati kebernasan pesanan wasiat Rasulullah SAW sebagai wadah nasihat.


Isunya hanya setakat itu sahaja?


Alasan?


Ingin difahami bagaimanakah fungsi diplomatik dan urus tadbir upaya diaktifkan jika tokoh-tokoh politik sekadar berfungsi di sekitar hal ehwal dalaman negara dan serantau sahaja dan tanpa upaya menerobos sempadan lokasi (meminjam istilah) bagi menzahirkan pimpinan dari siasah iman bagi mendepani percambahan sihat memproses perbezaan sebagai medan amal untuk dihindari mereka yang sering mencurigai dan mendalangi kecurigaan dan permusuhan terhadap Islam selain mengolah semula bentuk pemikiran yang melibatkan pentadbiran dan pengurusannya?


Kebolehan barat ialah memahami perbezaan sehingga menjadi sifir tetap untuk mereka mencaturkan agenda namun kita di tanah air masih mencetak ‘pecah dan perintah’ oleh pihak yang mendominasi tanpa terubah mekanisme lingkaran yang membelenggu kebebasan kita.


Bagaimana demokrasi diacuankan oleh sistem siasah Islam jika muslimah masih beralasan untuk meminggirkan diri misalnya?


Misal yang lain ialah apabila melayari siber pelayar dan pengguna tidak upaya menolak untuk penyiarkan iklan-iklan atau laman-laman yang upaya menghebatkan jumlah pengunjung laman-laman yang dimiliki oleh Yahudi dan Nasrani yang memenuhi kehendak setiap tahap usia.


Kelaziman menggunakan jenama dari negara yang terlibat mempakejkan semula barangan dari Israel/negara yang bersekutu dengannya dari rangkaian syarikat utama perfileman/pembuatan pakaian/kasut bagi acara sukan adakah sesuatu yang mendapat kepedulian anak muda kita yang kian ghairah dengan tibanya piala dunia?


Rasanya dengan menyiramkan air kencing ke atas huruf  C  A  L  B  E  R  G  E  tidak merubahkan apa-apa apabila kilangnya berada di tanah air. Anak-anak kecil atau yang remaja perlu  lebih  mendapat pimpinan?


Isu?


Penganiayaan ke atas pelarian dan isu kebebasan berinsan dan keamanan warga Palestien khususnya Gazza tidak menjadi halangan untuk kita melumrahkan diri sebagai pengguna utama atau sekadar sebagai penggemar/peminat barangan yang disebutkan tadi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s