Keremajaan Yang Menyilukan

Matlamat Bina Insan berkali-kali difahami struktur yang membinanya.


Tidak terlihat pula ia dikendung secara agresif oleh ‘makhluk-makhluk’ bergelar ‘insan’ itu.


Lau dibilik catatan usang yang masih tersimpan rapi meski sering sahaja catatan-catatan itu hilang tanpa upaya dikesan meninggalkan skrin kosong tanpa butir patah huruf yang telah diikat menjadi perkataan berperenggan-perenggan, diluaskan penghayatan.


Bagaimanakah mahu dilihat globlalisasi tanpa monopoli atas isu keselamatan andai ia melibatkan fikrah keadilan untuk disangsi atau dikelirukan?

Mengikuti paparan yang mencirikan sikap yang berani untuk  berlaku adil dan beridentitikan fikrah peribadi bangsa yang berdiri atas kaki sendiri tanpa dokongan atau pinjaman idea asing dari lingkungan luar masyarakat sendiri dinukilkan beberapa pandangan peribadi :

Melindungi hak minoriti menjadi tanggungjawab siapa andai kita hanya ingin menyetujui dasar dan ketetapan negara utama dunia?


Kita telah kehilangan kesedaran untuk berprinsip perpaduan ummah apabila ketidak relevanan masih berkisar kepada isu-isu’ basi’ yang diulang tayangkan untuk lebih menzahirkan kelemahan dan kekurangan sistem yang ada.


Iktibar mendidik hasil dari pengalaman mengujar tanya penerokaan dari perintisan sumber kegunaan bahan tiruan yang lebih mudah, murah, ringan tanpa perlu kos penyelenggaraan biaya yang tinggi bagaimana sedia menjadi landasan untuk kita berkomitmen dengannya dalam membangunkan ummah yang berdepan dengan cabaran semasa oleh pelupusan kekayaan bumi dan lautan dari kekayaan sumber asli?


Sebagai tanah yang mengandungi takungan air yang tinggi kesan dari kelembapan yang tinggi relatif dari tiupan monsun sangat mengejutkan andai tanah-tanah ini turut menjadi tadahan bagi takungan dan ladungan bahan radio aktif yang menjadi keperluan rakyat memahami gejala kesan dari jangka panjang proses pengendaliannya (selenggaraan untuk jangka masa yang sepenuhnya ditentukan oleh kemahiran yang sentiasa tinggi kosnya) terhadap penggunaan tanah yang berhektar untuk penanaman padi dan perladangan ternakan yang saliran pengairannya adakah bersifat semula jadi atau moden pengendaliannya tidak mendapat kesan sampingan?

Pertumbuhan penduduk kita yang tinggi berbanding Singapura dan sederhana berbanding Indonesia apakah menjadi alasan untuk menerima sahaja pengaliran ‘sisa penggunaan’ bahan ini ke tanah air kita yang turut dimanafaatkan kegunaannya oleh mereka?

Isu saya ialah kekurangan tanah pertanian semakin dihadapi oleh dunia dan tuntutan merealisasikan persekitaran yang kondusif bagaimanakah dijayakan untuk difahami oleh rakyat khususnya masyarakat baru yang digenangi oleh kemodenan cara hidup?

Bagaimanakah hubung kait bagi aktiviti pembangunan dipenuhi oleh kebijaksanaan insan sebagai modal utama bagi pelaburan masa hadapan?


Siri-siri ekspedisi eksprimen yang mengeksploitasikan ekonomi bagaimanakah upaya dihindari dari erti mendiskriminasi andai ia mahu didiskusi dengan saluran diplomasi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s