Bulan Perkabungan

4-06-2010

Membandingkan cerita Eden Lake dengan kisah dari penceritaan Amerika yang begitu menekankan sifat berkomedi terasa lebih dekat naluri kemanusiaan untuk difahami erti krisis dan konflik yang menatijjahkan tragedi-tragedi yang upaya dihindari dari berlaku (selain dari apa yang telah ditakdirkan.)

Kini setelah lama berada di salah sebuah negara Teluk, tergambar jelas penzahiran penjajahan Amerika ke atas minda dan pemikiran rakyat sememangnya sukar disembunyikan .

Seperti mana di Asia kebergantungan kepada kebanggaan memecah tradisi memasuki ke institusi-institusi milik Amerika masih memberi warna kepada Teluk setelah Mesir berjaya menjadi empangan pemikiran-pemikiran anutan Amerika dan Eropah.

Tanpa menemukan kaedah menguruskan konflik pesalah-pesalah tidak terhukum malah menjadi mangsa dari kesalahan yang diberikan alasan ‘kebetulan’  oleh kelemahan teknikal  yang diterima untuk membebaskan rasa bersalah kepada pelakunya.

Kisah awal Eden Lake tidak diikuti.

Hanya dapat  diikuti  pertengahan kisah saat tanpa sengaja se ekor anjing telah ditikam waktu berlaku pergelutan untuk mempertahankan diri.

Pasangan yang berusaha mendapatkan semula kunci kereta mereka dari sekumpulan  remaja di sebuah hutan  berakhir dengan tragedi  apabila  keterlaluan  remaja-remaja itu  membalas  dendam  di atas  kematian  anjing  salah seorang  teman  mereka.

Lelaki  itu  ditikam berkali-kali oleh anak-anak  itu   mengikut giliran  namun  ia berakhir dengan kematian  apabila kumpulan  remaja itu bertindak  membakar lelaki itu bersama pasangannya yang kemudiannya berjaya melepaskan diri.

Mereka juga bertindak membakar salah seorang rakan sendiri yang enggan menyalakan api bagi membakar pasangan itu biar pun telah berjaya mengumpan bagi memerangkap wanita yang pada awalnya telah melarikan diri.

Kekecamukan oleh tekanan yang dihadapinya telah membuatkan  wanita itu  membunuh salah seorang remaja  yang berhadapan dengan penyakit lelah yang mencuba membantunya  akibat dari rasa bersalah.

Konflik yang hanya bermula dari masaalah ringan dan kecil telah mengorbankan nyawa akibat karisma individu yang dilahirkan oleh rakan mereka yang mendominasi sepenuhnya keadaan.

Ketakutan untuk membantah tindakan atau arahan yang upaya ditimbangkan oleh akal sebagai salah bagaimanakah wujud di kalangan kita?

Adakah bimbangkan akan bersikap defensif menjadikan kita mesti kekal bersifat pasif atau sebaliknya?

Sadis kisahnya apabila wanita itu akhirnya dibunuh tatkala berjaya melarikan diri dengan meminta pertolongan kepada keluarga remaja itu.

Sadis kerana ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih dewasa bertindak lebih mempercayai dakwaan anak mereka berbanding memberikan hak untuk wanita itu membela dirinya.

Tidak ada salahnya untuk menitiskan air mata tatkala melihat remaja yang menjadi punca tragedi ini berlaku lansung tidak berasa bersalah tatkala memusnahkan bukti dari rakaman telefon bimbit rakannya.


Rasanya tidak salah untuk meminta Amerika dan kita  melihat sifat keinsanan yang berjaya dicetuskan oleh kisah ini yang menyentuh fitrah sanubari  dan kerasionalan minda yang diadun sehingga mencetuskan kritis di pemikiran seperti :

1-   Berapa banyakkah alasan diperlukan bagi menghindari diakui sememangnya manusia itu walau siapa dirinya samada  seorang Presiden/Perdana Menteri/Raja/ Negarawan / Tokoh Keamanan/ Wartawan/Pensyarah/Pelajar Ibu Bapa/Belia/Remaja/Buruh/Pekerja Awam/Tokoh Korporat sememangnya bersalah dan boleh didakwa atas kesalahannya?

2-   Sehingga bila melenium membenarkan isu pokok yang menjadi inti kepada permasalahan dipindahkan menjadi pecahan yang merantingkan pelbagai  isu-isu  sampingan yang dilihat dijadikan elemen penting untuk menjadi sokongan kepada terabainya isu-isu asas itu tadi.

3-   Bagaimanakah  cara terpuji untuk mempertikaikan  nilai  sebenar pembangunan bagi pertumbuhan yang upaya mengembangkan keupayaan insan?

4-  Masa hadapan kita adakah benar di tangan kita sendiri?

5-   Bagaimanakah menangani isu keamanan apabila yang diuniversalkan sedangkan dalam mewujudkan sistem urus dagang dan tadbir alaf baru kepercayaan lebih diberikan kepada kumpulan kerana kewujudan kumpulan itu sendiri tidak boleh bersifat individu untuk membolehkannya memperolehi kuasa veto bagi bertindak secara bersendirian.

6-   Mengapakah tidak disekufukan nilai paun dan dollar dengan kemiskinan dan kerendahan berpendapatan yang pendapatannya tidak layak diletakkan di atas garis kemiskinan?

Egoistik yang kadang -kala sangat diserlahkan adakah boleh dikelaskan mempunyai unsur ‘keganasan’ dalam stuasi tiadanya ketegangan?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s