Singgah Hanya Sebentar Di Bangi

Satu ketika saat sedang berada di tanah air untuk percutian, saya telah berusaha bertemu dengan seseorang agar entiti kewujudan kami yang waktu itu mulai erat di siber tidak putus di tengah jalan kerana menjadi lebih selesa jika saling menatap wajah.

Teman saya itu seorang perempuan.

Lalu diminta bertemu untuk saling mengenali agar tidak curiga menempati hati namun lantaran gusar  dengan realiti tatkala kami saling berpandangan telah diminta sepasang suami isteri yang dianggap sebagai adik menemani pertemuan itu.

“Jika yang tiba itu wanita yang pakaiannya hanya bertalikan jenis ‘spagetti’  saya hanya akan berada di dalam kereta sahaja dan dikau dan suamilah diberi sepenuh kebebasan bagaimana mahu dilayani perkenalan itu. Setuju?”

Adik dan suaminya tersenyum kerana sedar bahawa kami mengelakkan diri dari berbicara yang tidak benar. Kepada saya pasti dengan kehadiran suaminya itu akan menjadikan adik itu mudah memendekkan sessi taaruf itu andai yang tiba itu nanti realitinya seperti yang disebutkan tadi.


Saya tidak kisah tentang rupa jenis dan wajah manusia tetapi saya bimbang jika terpaksa berdepan dengan ‘keberanian’ yang tidak ada segan silunya lantaran saya ditemani oleh anak-anak di bawah usia yang sering menjadi mata dan telinga ibu bapanya. Anak-anak ini menuntut keteladanan dan sebagai suri yang menghasratkan menjadi ratu di jiwa mereka saya ada kalanya perlu dan sangat peka untuk menjadi tegas dalam berpendirian.

Tatakala persekitaran mereka menjadi ancaman kepada sosial biologi dan psikologi kemandirian mereka apakah keagresifan keibu-bapaan menjaga dan berusaha memastikan anak-anak mereka sejahtera rohani emosi intelek dan jasmani mereka mahu  dipertikaikan?


Kepada diri ciri ketamadunan keimanan itu sari gubahannya berlandaskan kepercayaan.

Malu adalah sebahagian dari iman kerana Islam adalah agama akhlak.

Roh agama dari Islam sering disengitkan oleh pertarungan kuasa.


Kami tidak ada irama que sera-sera dalam memahami tanggungjawab.

Tidak ada que sera-sera bila ada demokrasi yang didominasi.

Tidak ada que sera-sera bila ada etika dan adab yang bermoral prinsipnya.

Tidak ada que sera-sera tatkala ada syariah ada undang-undang yang adil dan saksama.

Kami tidak memerlukan sepenuhnya irama que sera-sera bila kami ada janji untuk beribadah dalam setiap hubungan di antara manusia dan makhluk yang diciptakan oleh Tuhan.

Lantas diibaratkan semua ini seumpama himpunan  bekalan yang berada di tengah pasarana yang tidak sempurna oleh takungan  air yang dimendakkan oleh karat-karat besi tatkala bertahun lamanya melalui saluran pembentungan yang usang tidak diganti.

Seumpama yang lain hipokrasi itu terwujud bukan sekadar dengan saranan-saranan pemeliharaan kewarasan demi kesihatan tatkala maudhuknya masih menjeling pada harga yang tidak upaya ditanggun oleh kecilnya kuasa memiliki.

Akhirnya tersahih wanita yang ingin ditemui itu tidak tiba dengan pakaian bertali spagheti bahkan ditawarkannya beberapa novel yang dibayar hanya dengan harga RM50 sahaja sebagai tanda ingin wujud keikhlasan.

One thought on “Singgah Hanya Sebentar Di Bangi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s