Bersilaturrahim?

“Tujuh jenis air mutlak cuma air laut yang tidak perlu dibayar walau pun sepanjang hayat  jika kita menggunakannya.”

“Air telaga, air mata air dan air sungai sudah kian tercemar. Salji perlu dicairkan dan air embun cuma upaya diperolehi di hutan yang tidak binasa ekosistemnya. Manakala air hujan semakin jarang turunnya.”

“Kita masih boleh bertayammum dengan pasir dan debu yang bersih.”

Pentingkah syarat-syarat yang menjadikan sah solat jika wudhuk tidak sempurna?

Lalu jantung terasa terhenti apabila anak-anak mulai bertanya mengapakah najis-najis berat yakni mugholazzah tidak perlu disamak?

“Siapa yang kata?”

Mereka tersipu-sipu sambil tersenyum.

“Riwayat dari Imam Muslim dan Bukhari, Abu Hurairah menyatakan pesan Nabi Muhammad Sallallahualaihissalam bahawa sekiranya bekas minuman dijilat oleh anjing cara membersihkannya (bekas minuman itu) adalah dengan membasuhnya sebanyak 7 kali yang salah satunya dengan tanah.”

“Kami perlu mendengar kata siapa ya mak?”

“Orang muslim perlulah mendengar kata orang yang mukmin.”

Perihal najis dan hadas asas kepada persucian batin oleh kebersihan zahir benarkah semakin tidak dianggap penting dalam tuntutan menyempurnakan ibadah?


Mughallazah, mutawassitah dan mukhaffah antara asas yang amat perlu diperhatikan oleh anak-anak saat terpaku melihat pemeliharaan anjing di kalangan muslimin di sini adalah kebiasaan.

“Mungkin mereka bukan muslim.”

“Akak yakin mereka muslim.”

“Adik diberitahu rakan kelas dia memiliki anjing sebagai haiwan peliharaan.”

“Along tu, cuba mak tanya pernahkah memegang anjing peliharaan waktu mengunjungi temannya?”

“Cuba emak lihat di pantai, anjing yang basah dipeluk dan didakap. Tidak sanggup akak menerima hakikat mereka itu muslim.”

“Bukan semua yang berjubah itu muslim, itu pakaian tradisional orang arab.”

“Ashik-ashik membela sahaja semua yang menzahirkan kekeliruan. Menyampah dengan sikap emak ini.”

Jauh di sudut hati yang dalam untuk mempertahan dan memelihara usul-usul fikh yang dimaktubkan di dalam syariah kebiasaan-kebiasaan yang menyanggahi perintah Allah amat mencabar kejujuran diri sendiri.


Waris-waris dari keturunan para utusan jejaknya semakin pudar untuk diimpikan realiti mukjizat-mukjizat Kekasih Allah yang dipastikan tidak akan hilang tetap terpelihara kini di bahu marhaen ia dipertanggungjawabkan.


Azimah telah hilang yang terzahir hanyalah rukhsah untuk membanggai ketoleransian globalisasi.

(18-05-08)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s