Membebaskan Idea Anjuran Siapa?

Satu saat ketika pulang bercuti pernah fikiran menjadi  sempit saat diimbas majlis tilawah anjuran salah sebuah siaran televisyen tanah air saat bercuti tempuh hari.


Di minda membayangi ujaran-ujaran bagaimanakah akan terus terpelihara adab dan akhlak remaja dan anak muda waktu berinteraksi tatkala terpapar antara peserta tilawah yang pastinya berwudhuk, saling ditempatkan sebelah menyebelah antara peserta berlainan gender yang diceriakan oleh mood pengacara yang tidak memilih suasana hingga rasa tawadhuk untuk diserapkan roh Al-Quran ke jiwa insan yang menonton ghaib tanpa semangat untuk menghayati intisari kebenaran dari langgam ayat yang diterjemahkan maknanya.


Karnival-karnival media dari hiburan kini disensasikan dan bagaimanakah konsep penghayatan mendidik di kalangan insan seni akan ditampilkan apabila bersatu itu menjadi tuntutan?

“Emak tidak faham bagaimanakah jurufoto berupaya memperolehi bayaran lumayan untuk gambar-gambar yang jarang mahu didedah siarkan kepada umum berbanding penulis yang kreatif tetapi tidak miliki pendapatan tetap seperti mana wartawan.”

“Apa yang mahu dihairankan, teknologi di zaman ini membenarkan yang mustahil menjadi kenyataan.”


Dalam diam ditanya kepada anak adakah seperti dikau mencantikkan gambar-gambar yang kelihatannya berjaya menzahirkan segala-galanya?


“Bayaran beribu yang digunakan untuk mendapatkan wajah berfotogenetik sebenarnya boleh kita sendiri lakukannya. Konsep memberliankan roman wajah kini sudah tidak mampu dilakukan oleh Tukang Andam.”

Secara tiba-tiba anak menjawab seperti tahu membaca fikiran ini membuatkan diri tersenyum.

“Agaknya bagaimana mahu dikonsep semulakan saranan penuntutan ilmu apabila televisyen dan radio sudah menjadi seumpama akhbar tabloid di internet?”

Kebijaksanaan media atau kemahuan pemilik rangkaian perbadanan penyiaran yang menjadikan global semakin kurang penanda arahnya apabila mikrosatelit menjadi sebahagian industri yang menjadikan negara miskin intelek  teruja untuk mengabaikan pendapatan perkapita hingga upah murah mewujudkan pembanjiran beramai-ramai tenaga buruh ke luar tanpa upaya disedari bahawa ia bukti kelemahan ekonomi yang tidak diaturseliakan secara berkesan.

“Semakin ramai orang dari tanah air kita di sini ya.”

“Ramai sehingga masih belum dikenali orang Qatar itu sendiri.”

Di saat menonton, mendengar frekuensi, ke premis-premis utama yang menjadi tumpuan, wajah-wajah yang silih berganti ditemui adalah wajah globlalisasi.


Medan interaksinya berciri teknologi dan diri memberanikan rasa untuk diujarkan banyak pertanyaan atas isu-isu yang mulai difahami kewujudan penggiliran terma dan disedari aliran pemikiran moden yang merangkumi setiap aspek kehidupan.

“Apabila kita bukan anti demokrasi, upayakah diletakkan ‘nilai’ pada perbincangan untuk pengunduran dari wilayah yang terjajah?”disuakan ujaran kepada salah seorang pemantau yang gemar melanjut-lanjutkan tempuh masa untuk alasannya yang hanya mereka sahaja yang mengetahuinya.

Seperti biasa paparan layar skrin hanya mampu direnung dalam mencari jawapan.

“Adakah sama tafsirannya dengan peningkatan penafian hak-hak bebas warga yang menjadi pemaustautin bertaraf pelarian?” kembali keberanian rasa diujarkan tanpa sedikit pun rasa kecewa.

Berair mata kelelahan merenung skrin menjejak jawapan setelah irama yang berkumandang semakin terasa mengusaha pembatasan untuk sempurna minda menyingkir logik berfakta.

29/5

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s