tejathanaif @ thanaif Bukan Ahli Umno.

Musykil yang berpanjangan setelah mengamati penzahiran catatan pada paparan akhbar Utusan.

Komen spontan tatkala melayari siber meninggalkan beberapa catatan.

Misalnya mungkin wujud kewajaran dari dasar yang mengabai dan menindas hak-hak untuk kebenaran yang dilahirkan oleh sistem, menjadikan permusuhan terserlah oleh ketidak-upayaan untuk berasa bertanggung-jawab dan rasa berkewajinan untuk mengembang dan mengukuhkan kebenaran harus menjadi prinsip yang kekal untuk diperjuangkan.

Krisis kepimpinan bukan hanya dihadapi oleh tanah air tetapi seluruh pelusuk dunia lantaran kepudaran amalan berlaku adil dengan benar, ketida-bolehan untuk berbeza persepsi dari pendirian-pendirian yang sebenarnya meningkatkan kefahaman untuk dijalinkan persefahaman dan dikenal-pasti punca dan sebab mengapa seharusnya dari generasi ke generasi perlu mewarisi pemonopolian sikap untuk bersyakwasangka sesama warga.


Anutan ini memerlukan dianalisa secara berhikmah bagaimanakah undang-undang tidak benar-benar berfungsi untuk menduplikasikan wibawa etika dan memuliakan individu oleh nilai akhlak dan budaya yang menyalurkan ketertiban berpekerti dalam menggalas amanah yang dipertanggung-jawabkan.

Wajar juga dikenali dalam usaha mengekalkan keamanan mengapakah undang-undang tidak berjaya menjadi struktur yang kukuh membimbing dan mendidik warga.

Menolak keyakinan dan kesungguhan DSAI menyatukan fikrah-fikrah yang berbeza pendirian agak dikesali kerana ia mempamerkan kebersamaan sikap kita dengan sikap dunia terhadap idea gagasan Presiden Iran yang memangkinkan produktiviti sebagai asas penyatuan warga yang dilahirkan dari keimanan yang mengoptimumkan ekonomi sebagai kekuatan negara, telah dijustifikasikan sebagai menggugat keharmonian dan keselamatan rantau Teluk oleh pihak yang berasa terancam kepentingannya lalu senario sebegini hanya menzahirkan ketidakmampuan BN untuk menerima kewujudan Pakatan Rakyat sebagai pilihan utama untuk memikul amanah menjadikan tanah air unggul di persada dunia yang menstabilkan hubungan rantau dan antarabangsa untuk hubungan kerjasama yang lebih berdinamik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s