Minda Atau Mesin Pengimbas 4

(sambungan Minda Atau Mesin Pengimbas 3)

Terdorong untuk difahami dari pecahan carta pai yang menganggarkan bahawa peratus mereka yang tamat persekolahan menengahnya mewakili capaian tertinggi bagi jumlah marhaen kami lalu diujar tanya apakah benar bahawa lulusan yang tamat persekolahan menengah tidak berpengetahuan tatkala mereka ini boleh dianggap sebagai penjawat kumpulan sokongan yang berproduktif walau pun sebagai pengguna sahaja?

Menurut anggaran pecahan itu lagi  mereka yang berjaya menamatkan persekolahan rendahnya berada di tempat ke dua mewakili bilangan rakyat kami.

Ke tiga ialah lulusan yang berjaya memperolehi diploma.

Ke empat lulusan memperolehi ijazah pertama.

Dan di tempat ke lima diwakili oleh mereka yang tidak mendapat pendidikan asas.


49% lulusan sekolah menengah

25% lulusan sekolah rendah

11% lulusan diploma

10% lulusan ijazah pertama

4% tanpa pendidikan formal

1% tanpa maklum balas.


Apakah upaya perbezaan maksud pendidikan dan pengetahuan itu diwujudkan?


Apakah munasabah diwujudkan pembaharuan dari istilah buta huruf kepada celek intelek iman?


Bagaimanakah mahu dilihat imannya seorang Nasrani dan berimannya seorang Yahudi yang sentiasa menganjurkan permusuhan kepada Islam misalnya upayakah menjadi soalan yang menguji kecelekan intelek iman?


Saya melihat bagaimana jumlah penduduk lelaki melebihi dari jumlah perempuan di tempat permaustautin ini telah menjadikan terzahir keperluan dibina kesempatan untuk menjayakan kaum lelakinya yang sudah lama hidup di dalam keselesaan.


Apakah kehilangan fokus kebanyakan mereka di dalam bidang pelajaran menjadikan kekayaan negara teluk perlu dicurahkan untuk membangunkan bidang sukan dengan menjadikan pembelian athlit sebagai dorongan belia lelaki mereka terlibat memajukan negara sendiri?


Bagaimanakah sedia tidak dipolemikkan andai diujarkan bahawa beza status di dalam sosial yang wujud di dunia ini sesungguhnya tidak diperlukan di akhirat?


Adakah kerana itu menjadikan iman tidak begitu dituntut penghayatannya di dunia ini oleh pihak tertentu sehingga keterlaluan dizahirkan untuk diyakini bahawa Islam memundurkan ummatnya?


Lantas apakah sedia dibincangkan adakah kemajuan ummat membangunkan dunia sepenuhnya hanya aktiviti yang disediakan nokhtah akhir pada setiap dua puluh tahun sebelum dibina lagi untuk tempuh selanjutnya?


Sekadar itu sahajakah sehingga menemui natijah bahawa sekular  kini mulai melunaskan fokus kepada kepluralismaan?


Jesteru  kerana itu usah lagi diulang senikata yang berirama  yang mengatakan bahawa jenis sifat manusia yang baik tidak wajar berada di tempat yang dilengkari oleh kehodohan  yang dinatijahkan oleh perlakuan medan hiburan  apabila lingkaran kesejahteraan insan pembinaannya tidak berupaya dijangkaui oleh pemisahan agama dari kehidupan.


Sehingga terabai bahawa jenis sifat dari mereka yang bermasaalah dilahirkan oleh sosial yang masyarakatnya terdedah kepada jenayah oleh kesan kekayaan tidak teragih secara saksama dan adil.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s