Minda Atau Mesin Pengimbas 5

(sambungan dari Minda Atau Mesin Pengimbas 4)

Bagaimanakah diabaikan kewujudan penjualan senjata api di kebanyakan negara kuasa utama di dunia yang didorong oleh aktiviti penjualan dadah meski pun mereka tinggal di sebuah negara yang kaya tatkala  wujud negara yang tidak menjadikan aktiviti menjual dadah sebagai cara berpendapatan walau pun kebanyakan rakyatnya miskin?

Kemodenan wajar dihayati dengan makna jenayah perlu disifirkan tanpa pengedaran dadah, tanpa jualannya walau wujud masalah ketagihannya yang berpunca dari rokok yang diletakkan bahan dari jenis dadah tanpa diketahui bagi tujuan pengedaran dan penjualannya secara kecil-kecilan dan perseorangan.

Bagaimanakah realiti sosial masyarakat muslim?

Benarkah tiada pengguguran janin-janin kerana tiada perlu wujud perhubungan tanpa nikah di luar perkahwinan ?

Adakah sepenuhnya masalah ini diberikan kepada tanggung-jawab ibu bapa dan keluarga juga sekolah sahaja tanpa penglibatan media meluhurkan  fungsi dari keberdayaan ia mempasaranakan hubungan dan komunikasi?

Didikan sebelum berumah tangga juga sudah memasuki tahap kita bersedia memberikan kefahaman bagaimana unit kekeluargaan yang kecil dilihat sebagai keperluan masa hadapan bagi melahirkan kualiti nilai hidup yang disempurnakan oleh iman.

‘Have ever we meet again’ kepada saya ia penzahiran minda barat dari interaksi hiburannya yang dilihat telah menyalahkan sifat asas kemanusiaan yang diberi kebebasan untuk memilih.


Bagaimanakah ketinggian daya berpengetahuan dekad-dekad ini tidak menjadikan komitment kepada undang-undang sebagai sesuatu yang dituntut penghayatannya?

Bagaimanakah wujud anggapan kesemua mereka yang mengikuti atau melayari saluran hiburan menjadi dalil bahawa mereka mahu menjadi selebriti atau bintang yang dikenali?

Salahkah jika mukminin memperbetulkan khilaf khianah ini?


Lantas bagaimanakah cara terbaik pembetulan khilaf-khilaf ini dilakukan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s