Rana Sarsar Nama Dari Etnik Apa?

1156


Salam.

Bolehkah Puan menyatakan pandangan mengenai wujudnya perkaitan pilihanraya yang mengharuskan demokrasi menafikan persamaan untuk dimiliki oleh mereka yang selama ini tidak pernah mengamalkan dasar dan polisi yang melahirkan sistem monopoli bersifat eksploitasi sebaliknya telah membenarkan berlakunya pencabulan hak-hak persamaan sivil dan hak-hak asasi oleh pemecahan persatuan dan perpaduan di kalangan negara-negara yang kaya sumber tetapi miskin idea dan modal?

Berada berhampiran dengan wilayah yang menjadikan pelarian sebagai sumber perjuangan persatuan Human Rights, tidak sepatah kenyataan atau ungkapan terlahir di kalangan pimpinan untuk merangkaikan kata dengan berani dan yakin bahawa perlaksanaan EMBARGO ke atas GAZZA adalah hasil dari perancangan dan kesilapan dasar mendiskriminasi ke atas kepentingan yang wajar dipelihara dan sesungguhnya, apakah embargo akan terus menjadi tema millineum dalam usaha-usaha menstrategikan berbagai penjanaan fungsi ekonomi, apabila sumber-sumber alam diubah menjadi bentuk tenaga untuk pasaran hadapan yang bermotifkan penyelamatan negara mereka yang sekarang menuju ke arah kemiskinan oleh limpahan kekayaan hanya lingkungan ke atas negara-negara Utara sahaja selama ini.


Bagaimana mahu dilihat makna  kemanusiaan secara global seandainya   hanya bangsa dan negara mereka sendiri sahaja sentiasa didakwa kuat oleh persatuan setelah berjaya memecah-beraikan negara dan bangsa yang lain?

Tidak pantas menjadi karektor pemimpin tanpa amanah apabila sentiasa sedia dan rela membina kekuatannya di atas kehancuran dan pembinasaan bangsa dan kerajaan yang lain.

Tidak upaya diabaikan begitu sahaja semangat nasionalis dan perkauman sempit menghasilkan rasa bangga yang membina sikap ego dari semangat patriotik untuk disemaikan semula semangat asobiah dan sangat perlu diusahakan agar warga berupaya membebaskan diri dari sebarang pertalian perikatan pemujaan pendewaan dengan saranan-saranan seumpama ini.


Masih menyorot di dalam buku tentang tasawur jahiliah yang membawa juga makna kedunguan, bahawa sistem pencernaan dan penggabungan perubahan dari ciri asobiah masih menekankan kepada tanah air yakni negara, bangsa yakni perkauman, kekeluargaan yakni puak dan jenis nasab yang menjadikan ia kepentingan untuk diperjuangkan pemeliharaan hak-hak yang masih menjadi budaya dan amalan di hari ini kesan dari pendiskriminasian dan penafian di dalam demokrasi.

Apakah kesan globlalisasi masih perlu dilengkapi oleh pemutlakan sifat individu yang darjat kepenggunaannya masih dihimpit oleh aspek kebendaan dan ia tidak boleh dianggap hak istimewa yang mengimunisasikan diri dari undang-undang untuk menjadi alasan kukuh mengapa kita tidak wajib akur pada hanya satu negara sebagai proksi untuk segala-galanya?


Kita wajar memiliki kekuatan dari acuan masyarakat etnik yang berbilang bangsa yang kita miliki sendiri kerana penghijrahan beramai-ramai di alaf ini berupaya menjejaskan identiti dan keaslian bahasa untuk berbudaya.

Saya menentang sekeras-kerasnya seandainya kita turut sama menyamakan perjuangan kemanusiaan kita dengan label hipokrasi mereka .

Kita mesti miliki perbezaan dengan amalan-amalan lazim sikap ini dan kita mesti bersama menjadi perintis perubahan yang tidak ada sangkut paut dengan mana-mana idealisme yang tidak berealiti yakni tidak upaya embargo dilihat sebagai pencabulan hak-hak kemanusiaan dan bagaimana pengamal dan pejuang hak asas kemanusiaan ini mengambil sikap berpihak juga berkecuali untuk menenggelamkan masalah utama perlanggaran undang-undang terhadap rakyat Palestiean khususnya di Gazza.

Adakah demi kemaslahatan bersama oleh tuntutan ekonomi?


Akui dan sedarilah dalam warna kemajuan dan permodenan oleh persilihan gilir ganti peradaban watak-watak masih kekal untuk proses penyaduran kebenaran dan keadilan di dalam Islam namun ia masih tidak upaya diadun dan digabungkan oleh muslimin sendiri.
Ini akuan jujur kita sebagai muslimin.

Setelah Gazza kembali berdarah dan kita masih tidak yakin untuk berdiri tanpa menumpang di kekuatan di kaki orang lain memohon simpati lantas di manakah wajar warga berpaling menyembunyikan kehampaan?


Mereka meratap dan mengalirkan air mata tetapi masih kita anggap mereka bersenda dan berseloka.

Terima kasih kerana memberi perhatian.

Diharapkan anda upaya memanjangkannya kepada pihak yang difikirkan beramanah untuk memikul tanggungjawab ini.

Satu saat akhir tahun 2008 warkah diutuskan tanpa pernah disedari rupanya dia kekal tidak memahami bahasaku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s