Siapa Yang Merakam Sejarah Kita?

Ada rumah kecil menjadi kenangan yang tidak terluak walau telah lebih 40 tahun ditinggalkan oleh pelakar kenangan itu.

Rumah cat minyak warna hitam dengan rupa papannya yang kelihatan ingin terburai masih basah ingatan berjurainya air mandian jenazah dari celahan papan lantainya.

Masih ada wajah duka seorang ibu muda dengan anak tujuh tersandar lemah di dinding hitam itu merenung masa depannya tatkala jenazah pencari rezekinya dibawa pergi meninggalkan rumah kecil itu.

Sekolah kebangsaan perempuan berjirankan istana juga hospital yang berada di atas bukit.

Hospital tempat darah dan air ketubannya dititiskan oleh seorang ibu yang telah sedia ada memiliki enam anak orang perempuan.

Tidak banyak yang berada di ingatan selain diujarkan oleh ibunya, seorang lelaki teman kerja suaminya dengan tangan kiri mencuit dua bayi perempuan dengan ungkapan menjaga anak ayam sereban lebih mudah dari menjaga anak perempuan seorang.

Sering dengan senda gurau dan lucu tawa kami mengulang ungkapan kenangan dengan imbasan teladan Kekasih Allah Sallallahualaihissalam bahawa mendahului ibu itu tanda kerana ia yang melahirkan anak-anaknya.

Lantaran itu wanita perlu melihat ke dalam diri sendiri adakah sememangnya mereka itu boleh diibaratkan sebagai anak ayam, anak lembu, anak itik, anak kerbau, anak kambing, anak anjing atau  anak kucing lantaran kemodenan dari peradaban semakin direntakkan untuk dikurangkan pertimbangan akal.

Apakah memang benar naluri kewanitaan itu sememangnya mudah dighairahkan hanya kerana hawa nafsu?

Justeru itu apabila melihat perlakuan wanita-wanita bukan muslim yang lebih bersopan dan lebih beretika tertanya apakah muslimah hanya sesuai dilandskapkan dengan keganasan sehingga perlu bersembunyi di dalam kelubung burqa yang sering disiniskan sebagai hamis oleh kerana tidak berketrampilan lantaran tidak tahu menjaga kesihatan?

Isu yang tertinggal ialah kebanyakan wanita tidak berpendapatan apabila mengambil tugas menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.

Adakah medan rumah tangga bukan karier yang membina lapangan aktiviti yang menumbuhkan unit-unit kecil di dalam masyarakat untuk ditandai rupa masyarakat itu sendiri?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s