Bulan Cahaya

(Saya berujar dengan wanita dan bukan untuk lelaki yang suaranya kedengaran membosankan dengan siri ulangan 50 50 50 50 50 50 )


Saya  bertanya kepada mu mengenai tawaran-tawaran yang banyak diusahakan  untuk memindahkan hutang apakah ianya keuntungan ekuiti setelah pembahagian faedah di antara kroni dilakukan ia ditawarkan  kepada awam?

Mata yang mengantuk ini berasa terpaksa dijaga lantaran tidak banyak kaborhiderat dimakan semasa sahur. Terlalu banyak minuman manis diteguk oleh kebimbangan tidak bergula sesekali kesannya menjalar pijar di hulu hati.


Bagaimana dengan nasib generasi yang tidak berada di universiti tetapi masih merupakan warga negara yang sah tanah air terhadap pemberian 100 unit ASIM jika benar wujud keadilan di dalam konsep satu Malaysia!


Jeritan ini terhenti di halum tanpa dapat disuarakan.


Bagaimana pasaran oligopoli difahami oleh medium marhaen ini  yang mewujudkan persaingan tidak sihat oleh peletakan harga yang dikawal naik turunnya tetap merisikokan pembeli saham kecil ditangani ?


Lelah menghilangkan semangat saya atau si dia yang terus diam berpura-pura tidak mendengar.


Bagaimanakah penetapan harga dibuat ketika pelaburan dilakukan sewaktu harga menurun setelah aktiviti pengambilan untung dilakukan secara besar-besaran?


Dengan kata yang lain pelajar-pelajar dan orang muda ini perlu dimaklumkan tentang hakikat faedah (riba) dari sistem keewangan sedia ada sebenarnya turut dikawal oleh prestasi semasa syarikat lain yang mewajarkan mereka tidak digalakkan membeli saham-saham ini.

Kerenyukan kertaskah yang telah memplastikkan mindanya sehingga daku yang kosong perutnya masih upaya bertanya tatkala dia masih kenyang dengan sarapan pagi terus berdiam diri?


Bulan mulia ini bulan untuk memberkati alam dan bukan hanya muslimin sahaja yang mendapat nikmatnya malah ia  keberkatan hening cahayanya turut menyentuh mereka yang bukan muslim lantas berhentilah mempersendakan bulan yang mulia ini akan menjadikan kami disambar oleh kemalasan.


Jiwa mencuba untuk bersabar kerana sedang beribadah.


Bagaimanakah wajar membantu orang muda di tanah air agar lebih memahami bahawa kuasa politik upaya mengeksploitasikan sesiapa juga lantas adalah khilaf andai masih terus mahu mengasingkan politik dari kehidupan. Andai mereka gagal memahaminya katakan sahaja mereka adalah kumpulan yang akan dirugikan oleh zaman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s