Rumah Kami Beralamat

Alamat rumah kami

No 6

Building 4 B

P.O. Box 38 _ _

Q


Ada masalah?


Puasakah thanaif?


InsyaAllah puasa.


Mengapa tidak dituruti arahan suami menukarkan alamat kerana kamu tidak lagi tinggal di sana?


Dia tidak menjelaskan mengenai peti surat lantaran kami sememangnya tidak menyewa peti surat dan berisiko bermasalah untuk dijejaki andai kami berpindah.


Itu sahaja alasannya?


Namun yang sahihnya kami masih menggunakan kemudahan peti surat pejabat majikannya tetapi menterakan alamat kediaman.


Adakah kamu menyesal?


Ya menyesal.


Apa masalah kamu sebenarnya thanaif atau boleh dipanggil teja?


Saya tidak betah dikongkong kebebasan berpendirian .

Saya lemas jika perlu membenar dan menyetujui atau menafi atau menidak mengikut kemahuan orang lain.

Saya benar-benar berasa nazak dan tenat jika terpaksa begitu.


Berkumpulan dan bermasyarakat tidakkah begitu sifatnya seperti mana Ramadan bulan Kekasih mu yang menjadi barakah bagi alam dan penghuninya termasuk yang di angkasa di lautan di daratan biar pun mereka hanya pohon kayu dengan ranting dan dahan atau mergastua yang bercengkerik nyaring walau suaranya tidak didengari malah ikan-ikan yang renangannya juga memperolehi barakah bulan mengundang cahaya saling membina rantaian?

Apakah hati mu tidak bercahaya?


Manakah  yang sah bagi menunjukkan kediaman saya?


Kamu tahu para pemuda yang sudah hilang taringnya itu sedang bermain-main kerisnya yang sudah lama tidak bersarung lantaran lambungan keris itu melukai tangan mereka lalu pintalan selendang-selendang nipis sutera menjadi balutan tangan yang berdarah itu sedang terkapar-kapar memendam amarah.


Huhuhuhu


Tersenyum kembalilah wahai teja thanaif  kerana namamu satu bukan melibatkan dua indidvidu.


Bersabarlah dengan istighfar sambil dikau mendengar coloteh beberung kecil yang bernyanyi di jendela mu dan semenjak semalam seekor merpati yang bertaji di kepalanya mulai menghinggapi jendela kamar anak dara mu sehingga kelian menjadi leka seketika melihat merpati yang bernila baldu dengan tompokan ungu itu tidak mahu meninggalkan jendela malah semakin mahu dirinya menjadi jinak jika selalu dikau berkata-kata dengannya.


Sejarah ibu saya mahu dinoda sehingga kamar-kamar yang sunyi itu sudah tidak tenteram dan hilang damainya oleh cemar bicara sehingga saya sudah tidak tega lagi untuk melepaskan lelah sesekali pulang.

Semuanya telah dirombak dirubah tanpa pernah bertanya apakah saya membenarkannya atau tidak tatkala saya memerlukan masa untuk menzahirkan diri terlebih dahulu, pindaan/ubah suai/kemas kini dilakukan tanpa pengetahuan saya.

Saya menjadi asing di laman kampung sendiri malah mereka lebih mengetahui dan mengenali keluarga saya berbanding saya sendiri.


Lalu kamu bencikan mereka?


Saya mahu mereka menjauhkan diri dari saya. Banyak perkara yang masih perlu diusahakan.

Tinggalkan komen