Ramadhan Di Akhir Zaman

Semalam dan beberapa jam terdahulu lap top beridentitikan turutan angka sebagai pengenalan diri ini kembali dijadikan medan oleh mereka yang bermain kodinit dengan berpandu pada garis bujur dan lintang yang perbezaan setiap garisan dipecahkan mengikut setiap jam untuk ditentukan lokasi yang dikehendaki difokuskan bagi memetik sumber peristiwa dan masa.

Lalu Ramadan ku ini menjadi asas untuk berkeyakinan bahawa Pembina karektor bagi alam  sepenuhnya adalah berdasaran kebenaran.

Allah juga pandai mengira tatkala alam ini hanya Dia seorang sahaja yang menciptakannya?

Buntu apabila melihat keadaan ummat yang terlalu menitikkan beratkan hitungan peredaran masa tanpa melihat jauh ke sudut hakiki apakah yang masih menjadikan banyak masalah ummah tidak berbela saat semakin jelas ramai yang tidak mengambil endah kekayaan baru sedang dipunggah.

Alam terus bernafas dengan lelah yang payah jesteru istimewa ‘ummah’ masih di sekitar isu-isu yang sekitar mempopularkan peribadi dan nafsu lawwamah.

Rakus manusia berkemajuan ini semakin menghilangkan kasih sayang yang terhakis  pada bulan yang menjanjikan keampunan oleh melautnya kasih sayang Tuhan.

Kasih Sayang menyelimuti bagi hamba-hambaNya yang telah tua kerana belas kasihan Tuhan itu tidak menuntut balasan sebagaimana kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya yang masih lemah di kalangan anak-anak kecil yang tidak lagi bersalut dengan dosa biar siapakah ibu bapanya sehingga kepemurahan sifat Tuhan ini menganugerahkan rezeki kepada anak-anak kecil khususnya yang yatim atau piatu.

Doa anak-anak yang masih tidak berdosa itu tatkala mengameenkan untaian doa sambutan malaikat menjadikan gempita hening yang damai dek pantas disambut untuk dibawa ke ribaan Tuhan.

Keadilan ini mahu ditandingi lalu dipersaing di kalangan hamba-hamba yang lemah dan rendah diri untuk berbelas simpati tatkala kemenangan tetap disandang Sang Juara?

Bulan barakah, hati ini sayu tatkala rahmat yang tercurah tampungannya berobek saat aurat-aurat terdedah. Sabar manakah yang mahu dihidu wahai bulan barakah?

Ampun takzim mana upaya dipohon wahai bulan yang diistimewa oleh Pemurah Tuhan tatkala syurga terbuka, masih neraka diintai-intai seperti lazimnya pada bulan-bulan lain yang hadir?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s