Tahajjud Bulan Barakah

Rohani malam

Tatkala suria tenggelam

Rindu mulai mendendam?


Rohani suram

Basah lidah memendam

Cahaya barakah tidak hitam.


Cahaya dalam cahaya

Dingin atau bara sahaya

Enggan taat tanpa harta?


Mata basah

Merdu kalimah

Bulan bermuraqabah.


Rohani malam cinta alam

Kudus padam sinar kelam

Tasbih Tahmid Takbir bermakam?


Ramadan membenih rohani malam

Mengusap pedih hati semalam

Suara hakiki dirantai pempan.


Wangiankah Mubarak dan Kareem?

Tatkala rohani denyutan menzalim?

Lara luka bisu buta tuli adakah bermusim?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s