Merdeka Ramadhan

Kami bangun di dinihari untuk menjamah makanan bukan kerana ia penamat waktu makan.


Kami berniat beribadah  mahu syurga dijengah namun amar makruf dan nahi munkar kami tidak mencegah.


Kami beritual dengan berlapar dahaga yang menjadi makanan kepada batin dan rohani bukan semata-mata tidak menyentuh daging untuk berjuadah hanya sayur-sayuran kerana rakyat yang miskin perlukan kekuatan untuk berpendapatan.


Milik siapakah tuntutan akhir zaman ini wahai Ramadhan andai Muslimin digelar fundamentalis yang fanatik akibat dari berhukum dengan perundangan Al-Quran, Kristian didakwa liberal oleh kemajuan zaman, Yahudi dianggap tidak toleransi oleh agama yang tidak berkembang, adakah  sessi bual dan dialog mahu diimejkan dengan “Comedy Talk” yang menularkan keji umpat dan fitnah diwawancarakan para jelitawan yang sedia menghairahkan khalayak awam?


Bagaimana wahai Ramadhan tatkala Muktazilah dan Jabariah dahulu diwujudkan sehingga idea bernas tidak dicemuh tetapi dimusuhi oleh peradaban moden ini yang sedia berbuat dosa-dosa besar dalam ketika mereka mempercayai Allah/Tuhan?


Tatkala yang difahami bahawa bukan semua muslim itu mukmin wahai Ramadan.


Lantas Muktazilah dan Jabariah itu bukan hanya dikelompoki oleh Nasrani dan Yahudi malah dari mereka yang berada pada kumpulan Sunnah Wal Jamaah yang mengimami Imam-Imam Shafie Hanafi Hambali dan Maliki.


Mereka tidak faham maksud pertanyaan ku Ramadan lantas mereka mahu terus mencemuh pertanyaan-pertanyaan yang ku cuba mudahkan saat dipenuhi tuntutan agar makna ayat-ayat Quran difikir-fikirkan.


Kebanjiran mereka yang berusia muda menggusar minda ini bukan kerana usia, mereka ditempa oleh mimpi-mimpi yang ukuran dan sukatannya di piawaikan oleh kehendak zaman bukan oleh tuntutan zaman yang akan ada akhirnya.


Daku cuba melupakan sebentar tentang Bidadari Ku dan Ego Anak Yang Kecil untuk bercengkerama dengan mu wahai bulan yang tidak dikasihi oleh Kristian dan Yahudi sedangkan mereka adalah ahli kitab yang mempercayai agama dari langit yang menghayati makanan-makanan dihidangkan pada ‘Last Supper’ bagi dipenuhi  hajat untuk ahli kitab meraikan ahli mereka yang terpilih menggantikan tempat Nabi Isa (as) yang ketika zaman ini diwacanakan jamuan-jamuan mewah bagi dihindari pembaziran.


Namun  tatkala katak-katak juga dijadikan pilihan sebagai makanan daku tidak mengerti kehendak dan kemahuan penghuni alam moden ini Ramadhan, cita rasa mereka yang mewah telah menjadikan diri termanggu apakah nilai ternakan yang menjadi sumber rakyat berpendapatan mahu diabaikan?


Lembu, kambing, ayam, itik, pelanduk, kerbau, puyuh, merpati malah arnab juga unta sudah semakin diterima menjadi makanan tambahan mengapakah pula kaki-kaki katak malah hempedu serta daging ular buaya dijadikan pilihan?


Apakah sememangnya intelek semasa hanya bermentalitikan sepusar pada birahi untuk mengseksualitikan anu, payu dara, punggung bagi menajamkan pena yang tumpul?


Malah najis juga dijadikan bahan bagi penyajian makanan setelah ulat-ulat dianggapkan sebagai makanan?


Kami masih belum berada di tahap dharurat Ramadhan, untuk menjadikan semua ini juadah santapan. Rohani kami juga tidak dilapisi oleh munkar ironi onani !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s