Desir Malam Al Qadar

Iktikaf di rumah Allah bagaimanakah tertib ia beracara wahai Ramadhan?

Hening damai malam yang tenang itu pernah memukul nurani sanubari ini di ketika kasih Tuan mu melaut menyentuh setiap ceruk daerah tanpa sempadan yang dipangku barakahnya oleh tujuh puluh ribu malaikat dari Sidratul Muntaha.

Rumah kami terbuka namun tidak semua kami upaya menjawab salam malaikat yang menabur rahmat.

Mata kami terjaga namun rasa indera kami masih lesu tidak berdaya kerana puasakah?

Atau  adakah kerana iktikaf kami hanya mencari malam Al-Qadar sahaja tanpa mahu menjadi hamba kepada Maha Suci Al-Quddus kerana masih kukuhnya hasad, sombong dan iri menjadi jiwa kami?

Atau Al Mujib masih tidak mahu memperkenankan doa-doa cinta dunia kami kerana banyaknya hutang bagi yang hak menuntutnya tidak kami peduli?

Wahai Ramadhan yang membawa malam Al Qadar, sentuhlah hati-hati kami yang masih miskin dengan keinsafan.

Pada resah gelisah oleh kekurangan ibadah barakah mu Ramadhan telah menjadikan fenomena bersejarah buat kami apabila anak remaja yang telah lebih lima tahun merokok kini mengakui betapa mudahnya dia menghayati keinginannya terhadap merokok adalah kerana tabiat bukan ketagih.

Sembilan belas  hari dikau beredar merentasi meridian untuk seisi alam menyambut mu pada detik yang berselang gilir berimsak, berpuasa berbuka dan bertaraweh, ia juga merupakan nilai berharga tatkala anak kami juga berupaya bertahan tanpa sebatang rokok untuk dihisapnya.

Tatkala wujud garisan tarikh antarabangsa di tengah-tengah pasifik  yang hanya diimaginasikan sahaja bagi membelah dunia menjadi barat dan timur bertatih ku pelajari menghitung masa mengikut tarikh hijrah kelahiran kami.

Indah Ramadhan, tatkala ku temui suamiku dilahirkan pada 11 Rejab 1384 jatuhnya hari Isnin. Anak-anak kami ada yang dilahirkan pada 6 Rabiul Awal 1410 yang jatuhnya pada hari Sabtu, ada pada tarikh 10 Safar 1412 jatuhnya hari Rabu. Dan ada yang ku lahirkan pada 7 Rabiul Akhir 1415 hari Selasa dan yang bongsu kami jatuh pada 5 Ramadhan 1419 pada hari Khamis. Dan terbukanya rahim ibu ku adalah pada 19 Muharram 1383 yang jatuhnya pada hari Rabu.

Manafaat mu bulan yang berkat mengikut niat yang terpahat.

Bukan hanya ia perbuatan semata-mata seperti mana muyskil di minda ku mengenai perkataan ‘future’ apakah ianya kitaran dari pengulangan ungkapan yang turut wujud pada dekad-dekad yang lalu?

Sejak seribu empat ratus tahun yang lalu masih nama mu Ramadhan tidak berubah dari sudut sifat mu dari maksud bahasa atau mantiknya tatkala kami saling bergilir berlalu pergi dengan peninggalan keturunan yang entah sedia atau tidak membawa  barakah mu ini menggantikan kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s