MIND OUR OWN BUSSINESS SIRS?

Tidak pernah dilalui di sepanjang bulan berpuasa ini cabaran seperti tahun ini. Penuh dengan mujahadah memu’atabahkan diri setelah begitu lama mengundurkan diri dari gelanggang menahan diri dari lapar dan dahaga.


Apakah benar uzur syara’i tanda kelemahan bagi seorang wanita tatkala muhasabah menilai diri sepenuhnya diuliti untuk lebih berjiwa tabah dan sabar mendepani ujian-ujian di rasa nubari?


Lantas dihala pandang pada anak yang sesekali berhiba lantaran interaktif sibernya telah semakin berkurang.


Saya memikiran tentang kiriman-kiriman pesanan ringkas yang diterima oleh anak saya dari kiriman 92973 yang pada mulanya disangka kiriman itu dilakukan kerana kredit telefon bimbit anak saya (nokia) mempunyai baki yang banyak.


Lantas diambil kesemua kredit kad pra bayarnya.


Setelah membuat aduan kepada Qtel nasihat diberikan agar kami mengirimkan ke pengirim 92973 dengan taipan STOP bagi meminta tidak lagi kiriman dilakukan kepada talian anak saya yang menggunakan nama saya sebagai pendaftaran.


Makluman balas yang diterima sesudah kiriman dilakukan ialah :

“Unknown service request.

Please check the correct name and try again.”

Antara kiriman yang dihantar pada 23-8-2010 jam 7.37.31:

“Nothing is permanent especially when it comes to your romantic situation.

When you think you have reached a dead end a new opportunity arises.”

Jam 7.36.15 kiriman dihantar berbunyi:

There are a lot of people who are just waiting to see your next move.

The funny thing is that you don’t even know do you?”


Anak saya berusia 11 tahun dan dia sendiri tidak tahu mengapa dia masih menerima kiriman-kiriman ini yang tidak ada apa-apa perkaitan dengan dirinya.


Berdilemma dengan kehilangan catatan-catatan peribadi sifat ‘bengis’ harimau mulai menjadi sikap sepanjang tempuh kehilangan hormon-hormon yang menjadi tanda istimewa seorang wanita yang tidak dimiliki oleh lelaki.


Lantas tersasar catatan ‘bengis’ sang harimau :

‘Saya sukar mengatasi kebencian terhadap sesetengah lelaki yang biadab atau memandang rendah terhadap wanita mereka.’


‘Salah membenci bangsa sendiri!’lembut rayu suara hati.


‘Hipokrasi bangsa ini sesetengahnya sangat dizahirkan apabila keterlaluan mereka menterjemahkan realiti diri sebenar apabila upaya berubah sifat dan sikap malah tutur percakapan tatkala kepentingan sudah tidak lagi upaya digenggam lalu salah apakah jika membenci bangsa sendiri yang berhipokrasi?’


‘Mendengar suara mereka sahaja upaya menjadikan darah mu mendidih?’


‘Entah mengapa sejak akhir-akhir ini begitu yang dirasakan.’


‘Mereka sangka wanita itu haiwan belaan atau apa?’


‘Begitu sekali?’


‘Sebahagian dari mereka jenis dayus dan spesis haiwan yang berkulat.’


‘Yang mudanya gila-gila bahasa pekik lolongannya entah kerana apa?’


‘Meniru-niru itu seperti sudah menjadi azimat dari guru-guru!’


‘Dikau masih memikirkan perubahan penerimaan rakan lama mu awal pagi tadi?’


‘Mereka yang benar-benar saya kenali mungkin tidak lebih dari empat sahaja yang masih tidak berubah tetap sama seperti dahulu.’


‘Pedulikan. Ok?’


‘Saya gusar ada rakan-rakan yang sedang sakit. Hanya kerana itu sahaja.’


‘Sememangnya dikau memang tidak berubah thanaif.’


‘Namun masih ada wanita-wanita yang ku pandang rendah.’


‘thanaif!’


‘Kita mencabar siapa sebenarnya teja?’


‘Para Raja, Hakim dan Mufti juga Ulamak selain Pak Menteri selain budak-budak lelaki!’


‘Mengenai apa?’


‘Bagaimana rakyat mahu bercakap benar apabila mereka adalah termasuk ke dalam kumpulan yang sering  berbohong dan sedia tidak bercakap benar juga memperdaya muslihat untuk melingkari aktiviti kehidupan kita.’


‘Naungan agama apakah hanya memerlukan simbol untuk diletakkan ‘perisai yang bermahkota’ tetapi ahhhhhhhhhhhhh.’


‘thanaif dikau ‘lelaki pujaan hati ku’.


Muahhhahhahhhahhahhhhhhaaaahhahahhaha

‘Saya jijik mendengar suara yang didayu-dayukan dengan lemah gemalainya.’


‘thanaif ayuh menendang bola.’


Sememangnya saya mahu menyepak sesuatu.’


‘Mari kita intai anak-anak dara dan ibunya di jendela.’


‘Tetapi nanti yang mengjengkilkan mata bukan mereka.’


‘Siapa?’


‘Lelaki-lelaki mereka dan anak-anak teruna yang duda.’


‘Ayuh berkomedi dan bersandiwara untuk tertawa.’


‘Sabar ok sabar!’


‘Jelak dan  bosan!’


‘Puasa?’


‘Tidak.’


‘Ramadhan tidak mengajar mu erti bersabar?’


‘Apakah bersabar itu hanya di bulan Ramadhan sahaja?’


‘Saya benci lelaki penyangak.’


‘Saya juga tidak suka pada gelar Ibu yang berdarjat kerana ibu saya orang biasa-biasa sahaja.’


‘Ibu bagi orang biasa bukan pejuang, mereka adalah tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, tukang dobi, tukang rapikan  kehidupan, tukang terapikan perasaan, tukang bagi segala tukang.’


‘Ada yang tertinggal?’


‘Semakin kerap pula anak-anak menggelar ibu mereka sebagai tukang leter atau tukang bising.’


‘Anak-anak lupa bahwa pernah ditegaskan kepada Bani Israel yang diminta memenuhi perjanjian supaya jangan menyembah melainkan kepada Allah dan kepada kedua ibu bapa berbuat baik juga keluarga yang terdekat selain anak-anak yatim dan mereka yang miskin. Diarah juga agar berbicara dengan percakapan yang baik-baik, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.’


‘Bani Israel mendengarnya?’


‘Malah mereka tidak mengakui wujud perintah-perintah seperti itu.’


‘Wahyu dari langit bukan bahasa mereka.’


‘Bila bahasa yang dikau fahami bukan bahasa mereka sila dikau berbicara bagaimana santun itu erti berbudi bahasa?’


‘Benar, bila tidak mahu berbahasa rasmi bagi rakyat awam bahasa siapa yang dipangku di bawah batu jemala?’


‘Ini hipokrasi bangsa saya!’


‘Bangsa saya juga.’


‘Bangsa kami juga.’ Semakin ramai pula yang bersuara.


“Kiranya mereka juga berbangsa?’


‘Saya bukan orang jawa.’ Ada suara berbicara.


‘Kami juga bukan bangsa pendana!’ Suara ramai semakin nyaring.


‘Saya pula bukan kaki menonton siri hiburan di televisyen.’ Suara halus diluahkan perlahan.


‘Tidak tahu bagaimana medan interaksi hubung kasih sayang saya secara kejamnya dirampas oleh rangkaian siri-siri seni berhibur.’


‘Saya tidak tahu siapa yang bertanggungjawab melakukan ini kepada hasrat saya melihat cara hidup beragama dihormati bukan dikelirukan untuk dipersaingkan atau disengketakan.’


Bualan-bualan dari minda itu sesekali ditandai oleh percikan emosi yang begitu sukar ditabahkan agar sabar dan tenang.


‘Cuba dikau tanya wujudkah benda percuma di atas muka bumi ini?’


‘Apabila mereka tidak bermalu mengerumumi saya, mahu bertanya apa?’


‘Dikau terlalu tertimpa oleh perasaan.’


‘Tahukah dikau bagaimana televisyen tidak lagi akan mendapat tempat di hati anak-anak seandainya mereka kekal untuk mengurung atau menyempadankan kebolehan dan keupayaan pemikiran?’


‘Masih dikau suka dengan dakwaan-dakwaan yang samar-samar.’


‘Dikau tahu kaedah telekomunikasi yang menghubungkan mereka yang berjauhan kini tidak lagi hanya bergantung kepada telefon dan siber yang diinteraksikan dari komputer?’


‘Bagaimana?’


‘Play station 3 upaya menjadi alat penghubung yang paling berbaloi untuk kami yang berjauhan ini berinteraksi.’


‘Kemodenan bukan lagi pada sifat diri kita dibentuk tetapi kemudahan proses-proses yang mengkaedahkan hubungan dilansungkan kini mulai ditemui pada sebuah televisyen yang tidak perlu dibuka rangkaian programnya dan sebuah alat mikrofon untuk suaramu didengari oleh mereka yang berada beribu kilo meter dari mu.’


‘Masih lagi dikau memprotes maksud kemodenan?’


‘Daku malas berbalah dengan ketidak upayaan mereka memahami maksud-maksud yang ku sampaikan di catatan-catatan.’


‘Pengaksessan jaringan jalur lebar dan gelombang frekuensi kini upaya diaplikasikan oleh PS 3 dan sebuah cakera permainan yang dikau pilih, upaya untukmu  berada bersama dengan rakan atau  saudara mu yang jauh saling berinteraksi.’


‘Namun andai dikau mempunyai alat permainan itu tanpa kemudahan jalur lebar yang pantas pengaksessannya, masih ruang interaksi mu tidak ke mana-mana.’


‘Maksud bantahan mu mengenai kemodenan semakin daku fahami thanaif.

Semakin daku memahaminya. Semakin daku memahaminya thanaif.

‘Kemarahan dan radang mu itu usah terlalu diendahkan.’

‘Bagaimana mungkin?’

‘Berusahalah.’


Tahukah dikau akar sesuatu bangsa itu bukan penguasa atau ketua tetapi rakyat.  Apabila rakyat sihat negara itu sihat. Apabila ketua sakit wajarkah seluruh  rakyat menjadi sakit?


Fikirkan.

Jangan keterlaluan dipenuhi hanya untuk berjanji setia!


Semakin sukar mengelak untuk membenci para kron.


Jahil?



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s