Siapakah ‘Alam’ Yang Ingin Menjadi Pendingin Hawa?

Dinamik uraian atom dan molekul mengecas eletrik pada zarah oleh proses pengionan yang memberi kekuatan kepada air sebagai daya dan tenaga, menaakul bentangan laut yang mempamerkan perlawanan arus adalah juga merupakan sumber daya yang sama formulanya bahawa penetapan dasar pengawalannya dipengaruhi bagaimana cara pengurusan kos pendapatan dan perbelanjaan ditadbir uruskan.

Dikau berkata tentang apa?

Bahasaku masih bahasa penganggur tanpa pendidikan tinggikah menjadi sukar ia difahami?

Tidakkah jaminan terbaik dalam usaha menghasilkan pemulihan yang berkualiti terhadap sesuatu jenis rawatan perlu dinilai dari keberkesanan fungsi sesuatu peranan dilakukan?

Apa peranan yang upaya orang seperti ku lakukan? Itu maksudmu?

Upayakah difahami hujan tetap melalui atmosfera yang tercemar oleh asid,meskipun alam tidak lagi segar setelah hujan turun akibat persekitaran yang kian tercemar,medan magnet semakin rendah keupayaannya untuk menyalur tenaga lantaran cas positif dan negetifnya tidak lagi tulen yang terbukti dari kualiti air yang terus hilang kebersihannya oleh organisma terampai terus hidup biarpun dididih berkali-kali.

Kasih dan Sayang Allah masih terus menurunkan hujan untuk tanah menjadi subur untuk tanaman menjadi segar malangnya yang layu adalah diri kita yakni manusia sebab suka menipu gemar mendiskriminasi.

Bolehkah kebiasaan yang hanya memberi sokongan kepada yang kuat sahaja dihindari dari menjadi senario normal abad kini kerana menerusinya akan upaya memesrakan alam fikir bagi melunakkan deria rasa agar kita tidak menambahkan darjah kepanasan dunia oleh kos kematian akibat sengsara perang?

Tidakkah setiap jiwa warga itu asset berharga kepada negaranya?

Di mana negara mu?

Manakah yang perlu disegerakan di antara melahirkan keamanan dengan meneruskan persengketaan tanpa sebarang perjanjian?

Manakah yang lebih adil menjatuhkan hukuman kerana sangsi atau berusaha untuk mengenali asal usul manusia yang berlainan perwatakan dan ketrampilan diri?

Adakah mesra alam hanya dikhususkan kepada benda tanpa manusia turut sama berusaha agar kita upaya hidup aman tanpa syak curiga untuk taat menghayati agama?

Amalan murni abad 21 ini adalah untuk memelihara keseimbangan ekologi, tidakkah wajar juga dipelihara ketelusan demokrasi yang diberi oleh marhaen tanpa memperalatkan keselamatan khususnya yang dihukum paksa menjadi miskin tidak berdaya oleh pembekuan harta milik mereka?

Dikau masih pendingin bagi hawa wahai thanaif.

Muhahhhahhhahhhahh

Buah yang busuk tentunya dari benih yang buruk. Juga biarlah hospital dipenuhi oleh pesakit yang lukanya pantas diubati bukan kerana kekurangan peralatan dan perubatan oleh sumbangan wang kebajikan yang tidak sampai ke tangan hingga menjadi cela oleh cacat tanpa sempurna rawatan.

Wujudkah maksud yang tersirat?

Kekurangan makanan oleh ketidaksekataan kebanjiran penduduk menzahirkan pembaharuan usaha yang diperlukan untuk memenuhi keperluan kehidupan dan akan menuntut terhasilnya banyak peluang yang boleh dimanafaatkan soalnya apakah peningkatan jumlah kelahiran menjadi aras tidak wujudnya kemiskinan kelaparan kemunduran di masa hadapan.

Bukan hal kita thanaif.

Takutkah dikau pada politik wahai teja?

Rantaian kesengsaraan ‘dunia baru’ adakah bermula dari sumber yang sewajarnya diperkongsikan secara jujur tetapi menjadi rebutan yang membawa kepada penanggungan kos kerana penguasaan kuasa ekonomi dan politik, kelaparan oleh kemiskinan yang  menjadikan pelarian terjangkit oleh penyakit yang membawa kematian lantaran semakin berkurangannya sumber makanan asas keperluan yang kewujudannya dimonopoli, tanah-tanah yang statusnya tidak diiktiraf oleh pemilikan yang menafikan hak pemiliknya tidakkah ia membangkitkan kesedaran untuk dicetuskan rasa bertanggungjawab dan sedar untuk melakukan perubahan?

Atau masih berfikir-fikir untuk berbelah bahagi rasa demi menimbang duga untung dan rugi?

Ingin diketahui apakah pakaian budaya buat  globlalisasi untuk  memiliki dasar piawaian bagi pemeliharaan alam sekitar?

Dikau semakin bosan  jika ikon seni lakon yang masih tetap digilirkan untuk membawa mesej buat dunia atau dikau terujar oleh pakaian ala daging yang ditepek di kepala buat menggantikan niqab?

Daku ingin agar ‘dia’ ke Paris dengan pakaian itu bagi menjadikan niqab isu senda dan gurau oleh gusarnya mencari lelaki-lelaki pemberani yang mahu mengungkap kata,’ berhati-hati apabila berkata-kata, ini sebahagian dari pakaian wanita kami.”

‘Kami tidak memerlukan publisiti murah saudara saudari.’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s