Siapa Yang Meronyan?

Berkelahi dengan ‘radio’ bisu menjadi aktiviti di masa lapang semenjak berada di sini.


Interaksi capaian awangan ini menjadi kesempatan mengenali beza sikap budaya kerja di antara petugas  yang memberi peluang untuk mendalami terjemahan maksud penjawat kerajaan dengan penjawat bukan kerajaan.


“Janji satu sifat tradisional yang sudah semakin tidak relevan,’saya luahkan pendirian tatkala diundang perkongsian pandangan atas isu janji.”


“Buktikan!”


Kepentingan diseiringkan sebagai fokus.

Kepentingan juga dibina oleh kehendak.

Kehendak siapa yang lebih mendominasi akan menjadi bukti janji itu sifat tradisonal.


Kita berujar dari sudut mana apabila berujar tentang janji?

Psikologi?

Ekonomi?

Politik?

Psiktrit?

Media Massa?

Korporat?

Kepimpinan?

Individu?


Begitulah saban waktu radio bisu itu menjadi alat yang digunakan untuk menyentuh minda dan jiwa agar tidak menjadi beku bagi menghindari rasa jemu. Boleh dibuka dan ditutup mengikut selera dan keperluan. Sesiapa sahaja boleh melakukan perkara yang serupa kerana medan penyiaran ialah wadah perkhidmatan kepada rakyat awam.


Apabila terasa mahu ‘bersengketa’ ayuh bukalah radio.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s