Satirakah Yang Di Sana?

Tidak terlalu mengambil peduli jenaka rama mengenai ungkapan ‘kiss’ yang sering dijaja oleh suara-suara ghaib tanpa wajah itu lantaran memahami realiti mereka berdepan tekanan oleh budaya perlu sering bersaing untuk merebut kesempurnaan telah menjadikan  kelaziman untuk Amerika berkomedi mulai difahami walau pun tidak sepenuhnya wajar menjadi ikutan.


“KISS  bermakna Kreatif Imaginasi Sosialisasi  Spritual Muzik dan Emosi bukan seperti yang dimaksudkan oleh karyawan seni lakon itu,”saya menyatakan padanya.

Saat diimbas sejarah kelahiran hak-hak yang membenarkan untuk berasa istimewa terzahir  imaginasi yang direkakan bersadurkan mimpi-mimpi  yakni fatamorgana bagi miliki lengkaran pewarisan secara tradisi dari generasi ke generasi.


Bagaimanakah memprotes ‘suara sendiri’ yang jauh berada di sudut sanubari?


Hanya demi untuk menjaga hati?


Lantas dibuka lingkaran sejarah peribumi sateria di Surabaya yang menjadikan semangat sebagai korban untuk berpatriotik sesama warga oleh krisis ideologi yang berjaya memenuhi keperluan penjajah.


Penerbangan dari Kaherah ke Taiping terus ke Cina untuk siri pertemuan sessi aliran fahaman sosialis dan komunis bagaikan putaran yang kini digemakan semula menjadikan wajar  agar anak-anak setiap bangsa warga dunia menghentikan mimpi-mimpi untuk berasa istimewa. Pada setiap persinggahan diusahakan agenda agar diabaikan lapar dan dahaga di perut dengan mencetuskan rasa lapar dan dahaga di jiwa, di minda, di hati, di fikiran dan  di qalbu agar berdenyut panca indera bukan semata-mata jasad tetapi rohani batin yang kian dirasakan kelaparan oleh  bersemainya kemiskinan yang membawa kemunduran.


Kemudian pada sisi masa yang sama  aktiviti anti jihad diwujudkan oleh Britain dengan pengakuan Mirza Ghulam Ahmad sebagai mujaddid kerana didorong untuk berasa istimewa selaku pihak kolonial oleh kelelahan berhadapan dengan pemberontakan sepanjang tahun 1857,  seseorang perlu diletakkan sebagai pereda kehangatan marhaen dan apakah di sini segalanya berpusat sehingga menjadi lawatan kepada warga Surabaya yang diizinkan ruang angkasa dan perairannya untuk menutup laluan dari digunakan oleh armada Belanda di dalam siri penujuan ke destinasi armada-armadanya?


Benarkah ini antara siri penuntutan merdeka dan kini kita mahu mengujarkan istilah apa sesudah merdeka seandainya ditemukan cabaran seumpama ini sehingga upaya menjadikan  hadapan menuju kehancuran?


Sejauh manakah sedia diterima  kerana ‘Al-Masih’ telah menjadikan dunia ditempah acukan sebegini rupa?


Senate dan setiap Dewan Bergelar Kemuliaan menggubal undang-undang untuk memenjarakan akta dan kanun-kanun Perlembagaan untuk usaha pembelaan yang tidak upaya diimbangi oleh nilai kemanusiaan lantaran kehilangan keimanan.


Benarkah demikian?

P/S:

Saya bukan ‘Survivor’ dan tolong berhenti dari mendungukan minda mu.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s