Salahkah Mahukan Bintang Bukan Bulan Atau Suria?

Dia sangka saya tidak sedar masalahnya yang gemar menjadikan dirinya mangsa tatkala sesama lelaki saling bersaing. Lantas dicatatkan betapa tetap dikirimkan gandaan doa agar Allah memberikan kefahaman yang disantunkan oleh iman dalam memahami realiti suasana di akhir zaman yakni zaman yang bakal  dilalui ini.

Serasa malas untuk diucapkan tahniah  atas pertukaran amanah dan tanggungjawab yang menjelaskan keperluan ilmu bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga agar tidak banyak dibazirkan masa.

Bagaimanakah kewajipan yang baru ini membawa kepada keperluan disahuti cabaran keluasan sempadan yang tidak dibatasi oleh tanda dari jangkauan pancaran gelombang di frekuensi dan medan eletronik untuk dilihat 15.26 billion di dalam rangkai agihan bagi sistem penyampaian maklumat dan pengangkutannya?

Apakah benar nanti suntikkan modal sebahagian besarnya digunakan untuk pencalonan pemilihan perwakilan?

Sudah lama penggunaan gelombang frekuensi digunakan sebagai salah satu cara pemerkasaan minda yang didominasikan oleh sasar yang memenuhi keperluan zaman tetapi penyertaan dan penglibatan mukmin  masih tidak jelas fokus yang ingin dicapai matlamat dan tujuannya apabila pendekatan yang digunakan tidak membuktikan kelurusan Islam sebagai penegasan mentauhidkan Pencipta.

Dasar-dasar pengubudiahan untuk merasakan sifat kehambaan diri tidak sepenuhnya dimanafaatkan walaupun saluran yang digunakan serba maju dan moden.

Kesempatan untuk berinteraksi dengan ‘rakan udara’ (ditegaskan tidak dikenali dan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan cara begini kerana gusar niat tidak kekal ikhlas jika mengenali susuk tubuh mereka) menatijahkan kecelaruan bagaimanakah Perbadanan Siaran turut berperanan dalam  mencerakinkan minda-minda warga yang menatijahkan perpecahan walaupun berjaya mengharmonikan perhubungan dan interaksi?

Apakah dia tahu tanpa disedari sikap-sikap  keterlaluan berdasarkan pengalaman yang diberikan selama berkomunikasi dengan ‘mereka’ semakin membentuk pendirian dan sikap keras dan sukar berkompromi kepada saya?

“Kelaparan sebenarnya kita miliki di dalam setiap sudut bukan hanya di perut sahaja.” Marah ini terus diluahkan.

Sukar juga untuk meneruskan langkah beriring dengan lelaki-lelaki yang serba lembut dan lunak dalam menampilkan diri hingga menerbitkan soal sehingga lama manakah kita mahu memusuhi ‘pendekatan perjuangan mereka’ yakni sebahagian yahudi dan nasrani apabila kelengkapan kekuatan kita  tidak mendapat tempat yakni batiniah yang dipancarkan oleh solat zikrullah dan gelombang Al-Quran untuk mudah diteladani Sunnahtullah Rasul SAW hanya tersimpan di dalam kitab dan buku?

Di dalam pengkajian selidik uraian juzuk-juzuk cahaya, zikrullah memiliki kepantasan untuk menepati setiap jirim bagi sel-sel yang hidup sebagai saraf yang mengalirkan darah lantas kerana itu syaithon berpeluang untuk berada di dalam setiap denyut nadi saraf kehidupan menerusi aktiviti manusia masihkah hanya layak pada fizik falak dan kaji bintang sahaja?

Ku lihat wajahnya kurang berseri.

“Mereka mencipta senjata menggunakan kaedah pantas tepat jarak dan laju kita masih di peringkat mana? Bukankah berbeza makna atom nuklear dengan teknologi nuklear?”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s