Saya Bukan Kroni Jin.

‘Saya mahu memprotes,’jelas suara yang mudah difahami.

Bagaimana secara tiba-tiba ada capaian Smart Ware di lap top peribadi yang digunakan di rumah dengan jumlah 10 orang penggunanya sedangkan penghuni di rumah kami hanya ada 6 orang sahaja?

Apakah jenis kemegahan yang mahu diberikan sebagai kejayaan bila begini sikap yang dilakukan dan diminta pengiktirafan?

Tidak usah memperkatakan tentang sains jika yang mengadaptasikan teknologi ialah mereka yang mempelajari cara bagaimana mahu menipu dan memperdaya lalu apakah benar pendirian sesetengah sarjana bahawa universiti adalah tempat yang merbahaya lantaran keperluan pendanaan bagi mengitarkan projek-projek terkini untuk dunia?

Transformasi membina persefahaman di antara Yahudi dan Nasrani atau lebih tepat di antara Arab dengan ras-ras etnik kewujudan mereka wajarkah dipangkukan kepada marhaen seperti kami (pengguna) apabila pakar-pakarnya ialah penerbit /penulis skrip /wartawan/pengarah/pelakon pengulas-pengulas di televisyen  yang  kepakarannya dicemburui oleh sarjana yang perlu bersaing mendapat dana?

Berhenti mendakwa bukan jawapan yang tepat dan saya tidak akan menerimanya.

Dailog di antara rasa sanubari dan aktif minda sering mencipta kekusutan.

Jangan berhipokrasi dengan menafikan hakikat diri secara peribadi bahawa setiap kita yang bernegeri dan bernegara malah berbangsa dan ada yang beragama masih tidak sedia sepenuhnya bertertib walau pun berperadaban.

Berkemajuan tetapi sering hilang ‘kemaluan’ kerana senang tidak berpakaian dianggap intelek?

Moden dengan pasarana yang memudahkan urusan namun lebih mudah bergeseran/bersengketa kerana rumit menentukan harga minyak atau gas tatkala tenaga suria yang bersolar boleh didapati dengan mudah dan arus eletrik pula upaya dikapasitikan dengan kaedah teknologi nuklear bukan senjata atau atom nuklear.

Berilmiah dengan tingkat yang tinggi sejarah keintellektualan tetapi hakikat roh kerana bernyawa tetap menjadi asas untuk menolak kehidupan beragama tatkala didapati dengan jelas isu pergeseran ummah hanya kerana wujudnya dua aliran pembudayaan beragama di pihak  Yahudi dan Nasrani yang tidak sedia dilihat kewujudan kumpulan ekstriminis dan radikal  di kalangan Kristian dan Yahudi  sendiri.

Benarkah adalah khilaf andai sains itu sekadar gandingan teknologi tatkala sains masih bereratan dengan antropologi dan sosiologi.

Mengabaikan sastera tatkala mahu dibina asas berdirinya budaya bagaikan memakaikan jati diri beridentiti kepada bangunan supaya kelihatan miliki budaya tatkala ia hanya bangunan yang tidak dapat berkata-kata.

Saya protes dan bantah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s