Bicara-Bicara Rengkas

1

Bagaimanakah mewatakkan ‘orang soleh’ yang memiliki ‘kekuatan dalaman’ kepada manusia pada sisi rasa kanak-kanak yang dibentuk oleh anime?

‘Fantastic Four’ terlalu bersifat ‘super power’ yang tidak munasabah, tidak logik dan tidak relevan dengan fitrah semula jadi manusia seandainya watak Rambo/Superman/Spiderman  tidak dibenarkan tewas atau dikalahkan.

Ini upaya dipersoalkan kerana kesempurnaan bukan sifat manusia seperti mana yang mahu diberikan wataknya kepada pemimpin-pemimpin yang berdekad gagal mengaplikasikan keamanan lantaran perlu menurut acuan yang diupayakan kepentingannya terlebih dahulu oleh strategi dan perencanaan seperti lakaran krisis-krisis yang diupayakan untuk pemulihan semula bagi diberdayakan inovasi mereka yang membuka ruang untuk lebih dipertikaikan usaha mereka selama ini.

2

Bagaimanakah penjimatan dirintis menerusi pendidikan pengguna di kalangan yang berpendapatan tinggi yang hampir 90% sumber tenaga telah menatijahkan pencemaran adakah akibat dari piawaian dasar yang melindungi mereka?

Hydroelektrik bukankah juga sebahagian dari kesan penggunaan reaktor kemajuan nuklear yang membuktikan keselamatan piawaian pembangunannya?

Apakah pendirian  Amerika terhadap kemampuan kaji pembangunan ini di kalangan negara muslim?

3

Kelihatannya seperti wujud pendominasian minda lelaki ke atas wanita.

Emansipasi wanita di millennium ini memerlukan penstrukturan semula oleh mukminah (wanita solehan yang beriman dengan ilmunya di mana kelebihan berpengetahuannya yang menghubungjalinkan perintah dan larangan, teladan dan mehnah/ujian, mahmudah dan mazmumah sikap dari amalan yang memproses pembentukan hukum-hukum di dalam Al-Quran dan Hadis untuk digarapkan di dalam kehidupan yang kini ditatatermakan oleh peperangan teknologi ke atas pemikiran ummat menerusi mimpi-mimpi yang didorong tanpa proses-proses sunatullah yakni memerlukan pembelajaran hakikat tujuan beragama.

Mukminah amat perlu disedarkan tanggungajawab mereka untuk menolak fenomena di mana setiap kegagalan dilumrahkan diberi penanggungjawaban kepada pihak lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s