Sulaan Api Benci Penanda Diplomasi Tidak Mematangkan Demokrasi!

Ada beberapa bicara yang terhenti tanpa sengaja.

Ada beberapa catatan seperti dipaksa dihentikan dengan niat.

Lalu tatkala menonton seketika menjadi tertaakul pemikiran apakah sememangnya wujud usaha-usaha bagi meningkatkan imej negara tertentu menjelang pemilihan baru kepimpinan? (paparan berita di sini banyak bertumpu ke Amerika dan Eropah selain England)

Salah satu slot terbaharu yang ditonton menzahirkan pewacanaan isu kegenderan dan seperti kelaziman adakah penjawat media perlu mencari isu untuk disensetifkan tatkala disengajakan tercetusnya pergeseran untuk menjadi cara bagi ahli kumpulan lelaki menyusup masuk ke kumpulan wanita bagi diketahui idea dan susun atur cara mereka berkerja sebagai satu pasukan.

Apakah kita ‘memerlukan dua pihak apabila mahu berkerjasama tetapi hanya memerlukan sepihak sahaja untuk membinasa’ masih menjadi orientasi barat dan timur atau korporat dalam membina usaha kebajikan?

Bagaimana pula dengan usaha perdagangan perniagaan ekonomi pendidikan yang membina sudut interaksi dan integrasi sebelum berkebolehan berkomunikasi yang mempengaruhi kejayaan, apakah masih perlu dengan kaedah begini atau masihkah perbezaan kegenderan itu menghalang kasih sayang dan penghormatan?

Adakah rancangan-rancangan tontonan keluarga kembali semula memprodukkan ‘keyakinan dan kepercayaan’ terhadap Amerika sebagai pemimpin bagi menghadapi cabaran global?

Minda tertanya sejauh manakah benarnya ikon medan hiburan dan penyiaran  diperlukan menjadi ejen bagi menyebarkan penyalahgunaan sistem?

Bagaimanakah pengolahan ‘entertaint’ dalam memenuhi tuntutan akhir zaman ini tatkala bukan penutur asli English telah mulai ‘menjajah’ pemikiran ‘tuannya’?

Bagaimanakah wajar kita mengadili fungsi dan peranan yang diperlukan dalam mewibawai krisis kemanusiaan yang teragih dan terabai kesahihannya oleh pemilikan dominasi agensi berita?

Apakah penyaringan kebenaran berita di dunia islam masih perlukan pengkompromian?

Tentu berbeza mencari monolog dari wujudnya watak-watak yang mencipta klimaks hingga wajar bertanya bilakah saatnya pemalsuan boleh diterima sebagai kebenaran?

Mengkonsumerkan persepakatan yang ikhlas akankah menghasilkan bentuk-bentuk baru komoditi?

Saya percaya catatan di bawah ini akan menambah keradangan mereka terhadap saya tetapi berdiskusi upaya mencambah persefahaman.

Apakah yang upaya ‘pemilik gelar’ lakukan bila tiada sokongan wang pendanaan?

Misalnya tittle Ms Universal dan Ms America dan seumpamanya.

Adakah setelah memberikan tubuh badan lalu mereka sedia dimahkotakan sebagai Ms Dunia dan ini diiktiraf oleh kebanyakan wanita?

Siapakah yang mahu menafikan fakta ini apabila ia diyakini memang wujud laras-laras penanda ‘kemurahan maruah’ kerana kecantikan dan kejelitaan seorang wanita tidak wajar menempatkan simbol perpaduan yang digarapkan bersama kerendahan nilai-nilai keinsanan.

Misal yang lain apakah yang upaya dilakukan oleh sepupu-sepupu saudara dan rakan bagi mereka yang berkerabat apabila mereka jelas tidak mempunyai matlamat dan sasar untuk diteladani?

Apakah dengan membawa gelaran sahaja sudah upaya menjadikan kita unggul?

Ini pendirian saya.

Ini isu terpencil dan dianggap terpinggir bagi pembinaan ummah kerana bukan semua wanita memberikan perhatian mereka kepada siri pertandingan sebegini dan bukan semua memerlukan kaedah begini untuk membina kejayaan.

Ini fakta bukan teori.

Teori yang diyakini dan upaya diterima disebut sebagai fakta.

Tetapi fakta apabila ia diragui dan tidak diyakini ia disebut secara berulang –ulang sebagai teori.

Apakah kehidupan ini perlu disempurnakan oleh teori sahaja?

Saya rasa tidak.

Kesempurnaan hidup ini tidak perlu berteori sahaja demi untuk mendapatkan fakta.

Pesan saya usah disula dan ditawarkan api membenci dan bermusuh sebagai laras penanda diri kita.

Saya memandang tinggi mereka yang berprinsip walau pun pada pandangan mata kasar mereka dicemuh oleh anutan budaya dan cara hidup mereka.

Namun mereka berusaha untuk mendapat tempat dan bekerja keras untuk mendapat kejayaan.

Saya harap kita mulai memikirkan perkara-perkara yang serius kerana pintu menjelang zaman akhir kian dekat untuk dimasuki.

Saya yakin wanita upaya menjadikan dunia ini aman sebelum kita memasuki zaman-zaman di penghujung dekad untuk diserahkan sepenuhnya keyakinan kepada lelaki untuk menjadi penyokong kepada usaha-usaha penyelamatan insan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s