Kecapi Hati?

Dia merungut-rungut sendirian seperti sedang melontarkan perasaan.

“Siapa kata bahasa melayu hanya mewakili orang melayu sahaja?”

“Dunia siber diperalatkan oleh mesin atau moderator yang berbangsa manusia?”

Wah marahnya sudah semakin terarah.

“Kecil minda bila masih berleluasa mendakwa bahasa melayu hanya mewakili orang melayu!”

“Lalu bagaimana dengan bahasa lain?”

“Bahasa arab untuk warga arab sahaja?”

“Bahasa  Inggeris hanya untuk orang Eropah sahaja?”

“Lalu bahasa  bagi warga Amerika mahu dipanggil bahasa apa?”

“Bahasa apa?”

Suaranya sudah semakin nyaring. Bagaimanakah mahu mendiamkannya?

“Bahasa Melayu bukan seperti mana bahasa Cina dan India yang mewakili bangsa mereka sahaja. Bila disebut bahasa cina adakah kita hanya menerima Negara Tiongkok sahaja penuturnya?”


“Mana ada  istilah Tiongkok bila yang hanya wujud ialah Negara Cina?” saya mencuba meredakan marahnya

“Lalu bagaimana dengan orang cina yang dilahirkan di tanah air tatkala menuturkan bahasa cina, mereka mewakili siapa?”


“Orang india yang dilahirkan di tanah iar tetapi bertutur di dalam bahasa india, mereka mewakili siapa?”

“Lalu apa ‘jadahnya’ mahu mempertikaikan bahasa melayu tatkala sememangnya wujud orang melayu di tanah air?”

Aduhai saya sudah mulai berasa tempiasnya.

“Bila guna Bahasa Malaysia orang melayu akan menggunakan apa bagi mewakili diri mereka?”


Saya mencuri memandangnya. Dia tidak pula menunjukkan wajah yang marah.Malah sambil tersenyum-senyum sambil menguyah sesuatu di mulutnya.

“Satu sikap yang memundurkan apabila petukaran dilakukan dari penggunaan istilah.”

“Itu sebab saya sebut jadah.”

“Tahu makna jadah?”

“Yes something like bastard.”

Telinga saya memerah pijar. Namun memandang wajahnya dia tetap tersenyum-senyum sambil mengeyit mata kepada saya.

“Saya normal sahaja emosinya apabila menuliskan perkataan ‘jadah’ sebab ia ada di dalam Kamus Dewan.”


Boleh panjangkan soalan ini untuk ditanyakan kepada Menteri-Menteri Kerajaan BN dan perwakilan PR?

“Saya tidak perlu menjadi ahli mana-mana parti untuk isu begini kerana saya memang orang melayu yang dilahirkan di tanah air.”

“Ada bantahan?” Tersenyum-senyum dia mengindahkan wajahnya.


“Lalu siapa yang melucutkan jati diri bagi dikenali bangsanya sendiri?”

“Orang bangsa saya sendiri hasil dari didikan bekas penjajah kami?”

“Bolehkah saya menyentuh mengenai Mesir?”

“Tidakkah di situlah Amerikanisasi telah lama subur menjadi sebahagian dari kaedah mendidik setelah Inggeris?”

“Lalu siapakah sebenarnya para penyelamat di kalangan mereka yang tidak dibolehkan disebut sebagai ‘pengganas’ walau pun mereka mencampuri hal ehwal dalaman negara tertentu yang dipilih berdasarkan kepentingan?”

“Isu keselamatan sehingga bila menjadi pertaruhan kita apabila ia menjadi syarat dipiawaikan tuntutan pelabur?”

Saya bersetuju, sesekali tatkala menjengah keluar dari bermimpi ditemui realiti kebanyakan kita amat senang berhipokrasi sedangkan kura-kura yang berada di dalam perahu pastinya tidak sedia untuk berpura-pura tidak tahu. Pencerahan sikap siapakah akan kita aplikasikan dengan begitu banyaknya teladan tatkala wujud kapasiti diri yang tidak tercabar?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s