Benarkah Nasi Sama Ditanak Kerak Dimakan Seorang?

Saya terkenang sesuatu.


Kapasiti berpengetahuan adakah dibentuk oleh akal sahaja tanpa wahyu?

Bagaimanakah pengabaian entiti muslim wujud?

Adakah tatkala terzahir ketiadaan keseimbangan sumbangan kebajikan dari kebaikan yang diwujudkan oleh sesebuah perbadanan/organisasi/yayasan ke atas masyarakat sehingga ummah tidak mendapat fokus di dekad ini sedangkan dilestarikan kesejagatan (globalisasi) yang menjadi ideologi dan agama?

Sememangnyakah muslim tiada nadi yangmenggerakkan kebajikan berbanding menggerakkan penentangan dan bantahan?


Adakah kebebasan juga menjadi penanda yang mengusung keranda kami tatkala wajar diakui kemanusiaan terlebur keinsanannya apabila peluang-peluang warga menyampaikan hasrat terhadap kehidupan sendiri tidak dianggap keperluan?

Siapakah yang terabai dan siapa pula yang dibela sering mendilemma kewarasan pemikiran ini.

Misal yang lainnya untuk lebih mudah difahami:

Bagaimanakah masih terus digesa mengenai dikurangkan pengambilan makanan yang memberi tenaga tatkala dengan kurangnya memakan sumber-sumber karbohiderat ia upaya menurunkan aktiviti berpendapatan bagi banyak kegiatan manusia?

Penurunan sumber dan bahan makanan tidakkah menurunkan aktiviti ekonomi kerana penggalian sumber perlombongan masih menjadi keperluan percambahan industri sokongan yang kian mengarah kepada pemprosessan sumber galian memerlukan kudrat tenaga buruh?

‘Why must poor and development country be part of the problem in financial system after their wealthy been taking by certain policy? Issue on landlord refugee borders how can’t educate us?’

Catatan siapa pula yang menggunakan bahasa yang salah nahunya ini.

Senyum sendiri bila membuka catatan lama.

Lalu dicatatkan sebuah puisi yang mencatat beberapa permintaan:

Solar dan ombak masih ditaja oleh alam? (huraikan)

Redup, panas dan sejuk anugerah yang dipadam? (jelaskan)

Oleh siapa? (pertikaikan?)

Tatkala air, tanah, udara dan api sempadannya mempersaingkan kuasa. (benarkah)

Beginikah mellinium ditandakan oleh budaya? (terangkan)

Budaya kuasa yang tidak berhasrat dikembarkan secara paksa (ada sanggahan?)

Dek perbilangan emosi demokrasi yang beristilah bahasa (pertuduhan?)

Apakah tidak dihadami

Ada yang mati dek lemas disesaki

Hidrogen Sulfat yang bebas tatkala digali (perlu buktikah?)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s