Hak Moral Hak Awam?

“Berapakah bonus yang dikau raih setelah berjaya memperdayakan pencatat-skrin siber mu”?

Separuh berbisik saya bertanya pada suara ghaib itu yang sering meminta agar suaranya ditemani setiap kali di udara.

Adakah dia tidak dibayar gaji?

‘Jika dikau mengupah seseorang membantumu usah dikau tangguhkan upahnya sehingga peluhnya kering.’

Ucapan Kekasih Allah Salallahualaihissalam mendamaikan jiwa. Bijak dengan pandangan yang amat jauh melangkahi perbatasan masa tatkala saat ini dengan peredaran saat yang begitu pantas bergerak, sifat sengaja menangguhkan pelunasan hak kepada yang berhak upaya menjadi isu yang upaya memperlahankan usaha.


Bahkan terzahir tuntutan-tuntutan anjakan berpradigma masih disekitar  perkara-perkara lama seperti pesaraan usia dan peruntukan puluhan ribu untuk satu jawatan pengurusan serta bonus berganda menjadi perjuangan.


‘Belum lagi isu penderaan gender.’

Suara yang pada mulanya kedengaran seperti terenyuk jiwa kini mulai nyaring dilantun riang.


‘Saya mulai jemu dengan isu hak asasimu tatkala dikau suka memaksa-maksa begini. Bila dipaksa dikau mencederakan sanubari saya.’

Jelingannya sesekali menyinggung minda saya. Belum lagi sindiran dan keji sungutan.


‘Dikau menyakitkan emosi saya tatkala membandingkan balu dan janda hanya dibenarkan memakai warna putih sahaja setelah ditinggalkan suami dengan hasrat mu yang ingin memperlihatkan penzahiran susuk tubuh dan rupa.’


Dia bersuara tanpa menolehkan wajahnya.


‘Tahukah dikau saya kehilangan kedamaian tatkala ke pantaimu? Meski masih ditemui pakaian-pakaian yang membalutkan susuk zahir tubuh kaum mu namun oleh kerana setitik nila upaya sebelanga susu menjadi keruh. Di pantaimu sudah ada yang berani berbikini sehingga lelaki-lelaki spesis ku dari etnik mu langkahnya terhenti, saya tidak tahu mereka mengkagumi keberanian itu atau mengeji pasangan kaum mu yang sedia menyewa mata kaumnya untuk dijadikan anugerah buat pujaan hatinya.


”Kamu akan sakitkah jika tidak bertengkar?’


Lalu kami memilih untuk berdiam sahaja. Jika itu yang terbaik buat kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s