Bisukah?

25 Disember yang lalu kami menonton Exorcism bukan untuk meraikan 22 tahun lamanya kami membina keluarga, sekadar meluangkan masa bersama anak-anak.

Kami senang sekali melihat tiada peruntukkan tempat-tempat duduk bagi pasangan selain ruangan yang dipenuhi oleh keluarga. Malah bayi kecil juga ada bersama. Belia dan remaja tidak ada yang tiba dengan pasangan berlainan gender. Masing-masing tiba dengan kumpulan sendiri.

Pemandangan yang hanya upaya dizahirkan oleh penduduk tempatan yang masih kukuh dengan nilai adat dan budaya resam sahaja menjadi perhatian minda apabila keluar bersiar-siar di hujung minggu.

Andai tidak dipersendakan keharusan wujud persisiran pantai yang mengasingkan keluarga dengan pengunjung awam yang miliki kebebasan untuk bersantai sudah pasti tidak mustahil berupaya wujud pawagam-pawagam yang memisahkan penontonnya demi keselesaan untuk memanafaatkan masa.

Saat menonton filem Exorcism soalan yang tersimpan di minda dicatatkan di lembaran skrin :

1- Adakah penganut Kristian semakin terbuka untuk mulai mempertikaikan ‘kesucian’ agama mereka?
2- Adakah mesej dakwah (menyampaikan kebenaran yang hak) tidak mempertalikan kebenaran?
3-Ajaran sesat adakah amalan yang  hanya wujud di kalangan masyarakat luar bandar / jauh dari kemodenan?
4- Penganut Kristian masih tidak mempercayai alam ghaib?
5- Wujud ajaran sesat di dalam Agama Kristian adalah lantaran pengadaptasian dari Bible yang tidak dirujuk dari Kitab Injil yang asli?

Terasa terlihat cemuhan rakan minda saya teja (bukan dari India) melansingkan suaranya,”awas kamu! Aggresif begini hanya mengocakkan gelora ummat.”

Dengan kuatnya ingin dibalas cemuhan itu,”teja (bukan dari India) hanya orang-orang yang tidak berpendirian dan berpendidikan sahaja yang tidak berani bersuara. Dari jenis mana kelompok kumpulan mu berdiri antara ke duanya ini?”

Lama mana syiah juga mahu terus menjadikan halangan bagi usaha bersifat konsolidasi andai mahu dimindakan keberdayaan pengspektruman jarak kuasa dan masa? Berakitkah dia selamanya untuk tiba ke hulu tatkala lelah berenang ketepian saat sudah melepasi gerbang pintu mellinium?

Siapakah yang dikau nanti?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s