Brno 1

22/1/2011

Berlepas ke Brno bagi menemani suami bertugas.


Ini adalah kali ke dua kami ke Europa bersama selepas tahun 1994 yang menjadikan kami berpeluang menjelajahi England, Switzerland, Luxemburg, Itali,Perancis dan Monte Carlo selain Turki.


Perjalanan selama enam jam ini menjadikan buat pertama kalinya kami tidak bergerak dari tempat duduk sepanjang perjalanan. Ruang pesawat yang terlalu kecil dengan jajaran tiga kerusi  dengan penempatan kami di bahagian jendela menjadi alasan untuk tidak bergerak hatta ke kamar kecil bagi beristinjak.

Keselesaan usus dalaman perut tidak terasa. Mungkin  tekanan pada ginjal yang menghenyak lemak-lemak di sekitar kolon telah menjadi takungan toksid  dengan sukatan liter yang tinggi. (muhahhahahahahahaha)


Sementelahan penjawat di kaunter bertanya samada saya berbadan dua melengkapkan  fakta bahawa  saya  semakin  ‘sihat’ semenjak tinggal di Doha.

Namun itu tidak berupaya untuk menghentikan biar pun sedetik pengembaraan saraf  neurologi  yang  menduduki kamar-kamar serebelum saya  tatkala  masih  mudah untuk berbalas suara  dengan  pancaran gelombang jarak sederhana yang menjadi lingkaran kitaran meditasi  selama ini.

“Adakah sememangnya benar- jawatan-jawatan utama di organisasi PBB adalah kaedah untuk mengagihkan tender dan menjadikan setiap generasi sebagai kroni tender yang memulakan semula proses penyalah – gunaan etika di dalam politik dan ekonomi?”


Laju dan lancar ujaran dibicarakan secara spontan tatkala berhadapan dengan kesengajaan gelombang frekuensi mengganggu  kestabilan emosi spritual batin saya.


“Saya tidak ambil peduli tentang keperluan Afrika tetapi saya memfokuskan makna keberadaan dan kewujudan identiti muslim yang selama ini tidak berjaya diungguli oleh dunia arab dan kerajaan-kerajaan di dunia muslim!”


Salur gelombang berjaya menggelorakan jiwa saya tatkala hubungan telekomunikasi percuma untuk berhubung dengan anak-anak di Doha menerusi face book dihalangi dengan soalan-soalan yang tidak pernah wujud sebelum ini.


Apakah memang benar nama pena saya telah dikulati oleh bakteria dari najis virus?

Kesan toksidnya telah mengimpakkan kesukaran yang sesekali meninggalkan kesan dan parut di minda saya yang sukar sembuh meski pun jiwanya tidak berkudis dengan jangkitan penularan kuman virus.


“Anak-anak yang saya lahirkan bukan mereka yang anda paparkan di dalam gambar untuk kali ke duanya! Anda wajar berasa malu dengan sikap tidak beradab ini. Saya  tidak ada kena mengena dengan mereka yang anda paparkan di dalam gambar anda kerana mereka bukan anak-anak yang saya lahirkan secara biologi.”


Benar.


Marah dan radang di minda saya seperti amat amat sukar diubati.


Kelmarin sebelum berlepas ke Brno saya tersenyum mendengar bacaan berita seorang  pembaca  wanita berita di radio tempatan yang seakan-akan membunyikan ungkapan Pakistan seperti ‘fuckistan’ – sesekali karenah radio yang dikendalikan oleh orang arab membuatkan saya ‘bingung’.


Apakah sememangnya  disengajakan untuk diwujudkan isu-isu bagi mempersaingkan etnik-etnik di Asia bagi menggambarkan wujud keistimewaan dan kelemahan sesama mereka?  Tatkala yang lebih terzahir ialah ada di antara mereka  yang tidak berupaya memiliki budaya asli sebagai rakyat  Asia.


Apakah Asia juga mahu dilihat sebagai mana Barat?


Bagaimanakah makna pengintegrasian Timur dan Barat, Utara dan Selatan pada logikal psikologi pembawaan sifatnya berdiri?


Apakah kesemuanya perlu disendikan dengan tiang politik dan ekonomi? Tatkala makanannya tidak sama – mahu diserupakan pula wajah dan pemikiran serta cara hidupnya?

Siapakah yang dimahukan oleh kepimpinan dunia hari ini  untuk menjadi sebagai pengubah dunia jika mereka sendiri begitu mudah diubah yang dilaraskan oleh kepentingan?


Siapakah yang sedia dan mahu menolak realiti dunia sudah menjadi semakin kecil dan tidak berjauhan di antara satu sama lainnya?


Lalu apakah  yang mahu dituntut menjadi keseragaman bahawa hanya individu-individu dan bangsa-bangsa tertentu sahaja yang dianggap berjaya merintis dan menerokai medan yang telah tersedia ada dibangunkan selama ini tatkala pada setiap saat memang ada yang menyempurnakannya?


Apakah pandangan tertentu mengenai kesejagatan dunia dan alam serta manusianya mahu dipersaingkan tatkala penyudutan sisi pandangnya tidak saling terpisah di antara  kesan sosiologi ke atas psikologi yang mencetuskan aksi dan tindakan-tindakan ke atas siasah oleh keberkesanan aktiviti makro dan mikro manusia yang mendimensikan kepelbagaian  perspektif bagi mencapainya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s