Masa Dan Kedudukan Kodinit Garis Bujur Dan Lintangkah Menaramu?

Perlu berasa kecewa apabila asas-asas untuk membaca al-quran kekal berterusan diabaikan apabila menyoroti isu pendidikan di kebanyakan negara muslim.

Maknanya apa thanaif?

Semalam minda merasakan kehilangan thanaif.

Sehingga seperti terasa thanaif berada di hadapan ku semalam.

Meski pun bentakkan masih bergema dengan radang yang masih berbisa hati terhibur mendengar sungutan-sungutan kelelakiannya terhadap perkara-perkara yang sering dianggap remeh dan terpinggir oleh ketinggian intelektual.

“Dikau tahu kegagalan untuk memesrakan penginggerisan atau pengamerikanan atau pembaratan minda dan jiwa sudah lama dibuktikan apabila berkekalan wujud penolakkan terhadap proses ‘penjelajahan, penjajahan  dan penaklukkan’ ke atas pemikiran, cara dan kehendak hidup mana-mana pribumi yang kukuh memiliki akar tunjang untuknya berperibadi.”

thanaif masih dengan kemarahan yang kian berganda. Hanya suaranya sahaja yang kedengaran tetapi entah di mana wajahnya disembunyikan setelah ku usir agar dia pergi andai masih mahu terus mengekalkan kemarahan yang semakin sukar ditoleransikan ini.

“Ingat teja! Saya bukan ‘badman’ dikau! Berdirilah tanpa kaki orang lain kerana memang diakui wujud lelaki spesis saya yang pengecut dan penakut lantaran hanya gemar dan sedia berlindung di bawah bayang-bayang sesiapa sahaja walau pun se ekor ba bi!”

thanaif! Pergilah ke mana sahaja yang dikau sukai asalkan dikau tidak berada di sini.

Meski bahang kebencian sering diledakkannya namun thanaif bukan seperti lelaki penakut yang sering menghindari dari memperkatakan apa yang difikirkannya benar khususnya jika ketika berhadapan dengan wanita-wanita yang sering dipelihara penghormatannya.

Dengan lain perkataan thanaif ku tidak akan menjaga hati atau berpura-pura memperkatakan apa yang di sebaliknya apabila berada di hadapan wanita.

Dia tahu di mana mahu meletakkan penghargaan dan upaya meletakkan nilai yang mahal kepada makna penghargaan itu.

“Dikau tahu teja kemusykilan minda ku yang tidak mudah dirasuk oleh emosi.”

Bagai terasa suaranya berbicara di hujung cuping telinga ini andai mulai memikirkannya.

“Cuba dikau menjawab bagaimanakah penetapan wukuf di Arafah tidak upaya dan tidak sedia menjadkan sambutan Eidul Adha …”

Ulangan suaranya semakin jelas apabila terlihat dia mulai menghitung ketepatan sisi pandang sudut-sudut batu-batu yang ditemuinya sejak dulu lagi.

Dia tetap membantah untuk diulangi lagi tentang bagaimana proses kiaan dan penetapan rukyah tidak diseragamkan untuk diraikan hari-hari utama agamanya.

“Sejauh manakah pemilik bagi Munawwarah dan Mukarramah sebebas-bebasnya berkuasa menetapkan tarikh wukuf di dalam usaha mewujudkan cara bagi menyatukan ummah?”

Al- Biruni telah merasuknyakah saat ini?

Di manakah dikau thanaif? Meninggalkan bicara tanpa disua wajah mu untuk diminta keikhlasannya? Angin yang dikau sampaikan bicara mu tidak menyempadankan baris dan ayat mu dengan nokhtah atau tanda seru sehingga ia dimuntahkan oleh alam yang zalimnya kerana hilangnya rohani tatkala selama ini setiap benua dimaknakan kemajuan dalam penerokaan ilmu, hati dan pemikiran tidak lagi saling bersantun sehingga keberdayaan berkhayal berimaginasi dan bermimpi itu menjadi sifat generasi !!!!!

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s