12 Rabiul Awal

Saya ada permintaan yang mahukan dia memikirkannya.

Lantaran begitu banyak saluran bagi memberdayakan mereka yang berkelulusan  tinggi adalah tidak wajar untuk menambahkan kesempatan bagi mereka dengan mengizinkan catatan individu kerdil ini turut dilihat kerana ia hanya catatan umum yang tidak bersandar kepada mana-mana kaji selidik. Hanya kerana akal dibenarkan berfikir semua manusia wajar diberi peluang berpendirian. Belum tentu benar tetapi usah sering dipersalahkan.

Saya harap dia faham apabila diujarkan bahawa mereka yang tidak berkelulusan itu pula wajar bukan dari mereka yang suka berjudi, bukan dari kalangan mereka yang mengamalkan seks bebas dengan bukan pasangan sah, bukan untuk mereka yang perasuah, bukan …

Dia mulai mencebikkan bibirnya sebagai tanda sinis.

Peduli apa saya.

Bagaimana dengan mereka yang sakit thanaif? Tiba-tiba dia bersuara.

Adakah mereka tiada harapan untuk disembuhkan?

Jika ya,adakah mereka dianggap termasuk ke dalam senarai pilihan mu?

Jika mereka akan mati saya sedia mempertimbangkannya.

Kejam sungguh dikau thanaif!

Saya tidak mahu mengenali mereka sebagaimana mereka  tidak upaya mengenali saya..

Lantas pada 10/10/2010 mulai dicatat beberapa catatan meski pun catatan yang lama masih terbiar, dengan tujuan bukan untuk mengkayakan mereka yang tamak dan sedia asalnya sememangnya kaya dan tidak juga untuk si miskin yang sombong dan angkuh.

(Lalu dikau meletakkan diri mu di mana thanaif? Suara teja mencemuh kedengaran. Benar juga kerap menuduh pengganas kepada wilayah di sana atau wilayah di sini – di mana pula diletakkan diri kita apabila telah ramai yang mati kerana dasar dan keputusan salah kita?)

Meletakkan kesalahan kepada pengganas yang tidak dikenali wajarkah menjadi minda kepada pemimpin pelapis dekad ini saat insan-insan yang akan ke syurga semakin jelas dihayati ciri dan watak mereka?

(Kekasih bersendiri tampakkah kasihnya tatkala Penciptanya Mengasihinya sedangkan Ummatnya sedia mencemuhinya)

Atau adakah kerana perlu menerima keperluan media barat (timur juga- malah yang di utara dan selatan- cemuhan teja didengari) yang sukar mengakui bahawa kesalahan adalah sifat manusia (kelemahan kepimpinan dan pemimpin yang dilahirkan oleh sistem mereka) lalu masyarakat dunia perlu dikronikan dengan kekeliruan dan kecurigaan mereka?

“May we know which civilization create the terrorist and why extremist investors are different from terrorist in the way they are thinking?”

Bolehkah menjawab adakah orang-orang miskin bermain golf atau polo atau equestrian  atau menjadi pemandu litar formula satu?

(Mereka boleh mendapat pekerjaan thanaif.Masih upaya menjejak diri ke bumi tanpa lupa diri mereka berpendapatan dari aktiviti ini)

(Saya maksudkan mereka menjadi pemainnya bukan pekerja,teja. Tidak wajar mereka dianiaya oleh cara hidup yang bersifat mendominasi dan merugikan keberdayaan sifat insani.)

teja masih mempertahankan kerabatnya walau terzahir pengekalan imej-imej gadis-gadis tempatan  di litar, yang dimurahkan oleh rangkulan lelaki-lelaki yang bukan suami mereka dan sedia disemburkan dengan buih-buih alkohol. Lantas adakah imej dan nilai diri gadis-gadis yang dimurahkan ini berjaya ditingkatkan dengan acara-acara lapuk begini oleh lelaki-lelaki yang diberi taraf kejantanannya di litar yang didirikan di negara muslim?

(Mereka itu gadis dari luar thanaif)

Bedebah. Mahu mengundang merubah tetapi masih dengan cara susila usang ini? Memang bedebah penganjur yang miskin jiwa ini.

Jika tidak marah tidak bolehkah thanaif?

Tidak boleh!

Dekad mahu diusung ke mana oleh si bedebah- bedebah ini?

Dikau masih mahu ‘berperangkah’ thanaif?

Sudah ku katakan Imam Mahadi tidak akan berperang dengan senjata  semata-mata tatkala telah diujarkan bahawa ia berlainan dengan ‘Perang Suci’ yang direncanakan sehingga memusnahkan roh dan akal peradaban yang mahu dikekalkan sebagai sistem yang mengatur cara hidup manusia yang sememangnya berperadaban tetapi hilang rohaninya.

Diam. Kami kembali tidak sedia lagi berkata-kata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s