Hello Bro

Mungkinkah kerana sistem pengkordinatoran sepenuhnya tertakluk kepada sistem yang dipiawaikan oleh Amerika yang mulai terancam oleh pendedahan-pendedahan kerahsiaannya mulai dicabar oleh kematangan daya berfikirnya manusia?

teja ku menjuih bibirnya tanda rasa tidak senang.

Sikap tidak relevan semakin terserlah tatkala disengajakan wujud dua kategori bagi wanita. Wanita muda dan wanita yang lebih dewasa lantas apakah wujud keadaan seperti itu di kalangan lelaki yang turut dikategorikan lelaki tua dan lelaki remaja?

Matanya bulat merenung mata ku. Terkejutkah dia atau masih berasa hangat dengan bicara-bicara ku yang semakin menyentuh hatinya.

Ciri-ciri keanak-anakan ini menjadikan tidak lansung kelihatan dijenamakan insan sebagai pelaburan tinggi oleh mudahnya moral dijual belikan tatkala proses urus pentenderan di kalangan eliet dan korporat hanya mematlamatkan keuntungan yang diraih dari rakyat marhen.

Kehadirannya semakin melemaskan emosi saya. Mengapa dia masih mahu berada di sisi saya setiap ketika?

Lantas kemuraman minda yang miskin iman itu mahu dibahukan ke atas mereka yang imannya tidak perlu diransang oleh siri uji kaji selidik untuk dianalisa maju mundur tabah dengan kedinamikkan sifat itu disumberkan dari akhlak Kekasih-Kekasih mereka yang menjadi ahli syurga oleh sifat taqwa bukan dengan tawaran memenuhi mimpi-mimpi khayalan.

Saranan pemetaan apakah yang mahu diimaginasikan andai wujud hak pendominasian. Berhenti memanipulasikan seperti mana dahulu, tatkala waktu mereka mengatur wabak untuk berdemamkan ‘global government’  tanpa ‘good government’, telah dihantar menjadi paparan sebagai ancaman bagi mereka yang terlebih berani dari majikan, wajah-wajah yang berlumuran darah akibat dipukul atau dicederakan. Masih diingati saat pertama kali mahu diwujudkan bualan-bualan di salah satu laman Kelab Peminat  dan tahukah dia saya tertanya adakah ini memang  menjadi budaya pemuda bertaji ayam jantan !

Dia tersenyum tanpa emosi marah atau berhangat hati.

Minda tersengih melihat ‘kemurkaan’ para pemuda yang bertaji ayam jantan setelah ketaknya tidak bertelor sebagaimana ayam betina yang riuh sekampung kerana sebiji telor.

Dia juga tersengih sama seperti saya.

Saya semakin sukar mahu menetapkan saluran mana yang bebas dari wawasan 2020

Apa lagi yang mampu saudara lakukan selain mengodem lap top ini?

Ketak ayam memangkah begitu?

Ku tabor dedak ku tabor bertih ku tabor terigu.

Ku lihat berlarian anak-anak ayam yang jantan dan betina terkedek-kedek bagai ubi keledek.

Ada yang termengah-mengah kerana terhegeh-hegeh bergedebe berlilit pintal merah megah buat daku tertawa berdekah-dekah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s