Sendirian Berhad 1

Jumaat

Hari ini hujung minggu di Doha.

Setiap minggu kami akan bersiar-siar mengikut pilihan tempat yang ditentukan oleh anak-anak.
Jika mereka mahu ke pawagam kami akan ke sana.
Jika mereka hanya mahu berjalan-jalan tanpa ‘window shopping’ kami akan turuti.


Apa yang pasti saya tidak masuk ke dapur pada setiap hujung minggu.

 

Televisyen kurang mendapat perhatian anak-anak di rumah ini. Masing-masing ada pilihan dan selera tersendiri.


Saya merenung etika pembinaan teknologi ke atas cara hidup kami sebagai pengguna. ‘Penderaan’ menuju tahun 22 seperti menjadi hukuman ke atas kehidupan kami.

Sungguh televisyen masih tidak mendapat perhatian anak-anak remaja saya.

Saya tidak melihat kelainan pada diri mereka lantaran banyak radas yang ada membantu mereka mendapatkan kerehatan secara peribadi. Kecuali siri yang menyeramkan pada chanel 490 dan aksi-aksi lasak kebanyakan siri yang di udarakan di kaca televisyen atau cerita bertemakan kekeluargaan,  saya tidak menonton televisyen selain paparan berita dan rencana yang sesekali cuba disoroti perkembangan semasa keewangan dunia. 

Menyatakan berterus terang dengan suami bahawa apa yang menjadi minatnya tidak semestinya perlu menjadi minat saya begitu juga di sebaliknya.

Sitcom komedi saya tidak menontonnya kecuali sesekali sitcom Oprah dan Ellen Show.Itu pun sudah lama saya tidak berkesempatan berada di hadapan televisyen lantaran kerap terlelap selepas waktu maghrib. 

Apa yang penting apakah idea yang mahu dipersembahkan oleh siri-siri televisyen ini kepada penonton? Medan sasar Teluk ialah Afrika sedangkan kami masih memerlukan gelombang dari rantau negara kami yang sudah tentu bukan agihan dari terminal media perdana dan prima yang swasta.

Sasar laporan Al-Jazeera dan TV Press selain rangkaian berita dari Amerika dan England sepanjang sebulan ini mengenai kebangkitan kesedaran berpolitik di Mesir, Yamen, Tunisia, Bahrain dan Libya seperti tidak mendapat perhatian masyarakat tempatan.

Saya sedari kenyataan ini setelah bersiar-siar di premis, klinik dan tempat menjamu selera.Tidak kedengaran bualan-bualan mengenai apa yang berlaku di tempat yang dinyatakan tadi. Malah tidak terlihat genggaman akbar di tangan mereka mengenai isu -isu yang banyak dibicarakan di siaran televisyen tempatan.

Mungkinkah lantaran jumlah pekerja asing yang begitu ramai di sini yang berasa tidak perlu terlibat dengan apa yang sedang berlaku di rantau ini menjadi antara andaian di minda saya.

Ada kemungkinan besar keadaan di negara masing-masing tidak wujud keadaan seperti itu atau mungkin benar negara arab hanya tempat untuk mendapatkan faedah dan manafaat berpendapatan bagi rakyat asing di sini.

Nafas dihela panjang, andai begini rasa di naluri sanubari kami, alangkah sedihnya andai dimuktamadkan negara rantau teluk adalah milik bangsa arab sahaja.

Biarlah mereka yang menguruskannya mengikut apa yang sewajarnya mereka lakukan walau pun pada hakikatnya apabila diungkapkan bani arab akan tertusuk sembilu rindu betapa Kekasih seluruh ummat muslim ialah Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam.

Nabi Muhammad dan seluruh kerabat kekeluargaannya bukan milik bani arab sahaja yang kelihatannya tidak begitu mengendahkan ‘harta’ milik mereka sebagai bumi barakah.


Hanya kerana mereka tidak pandai mensejagatkan untuk diuniversalkan etika luhur akhlak Kekasih Allah ini, etnik lainnya bersedia meminggirkan diri. Silu malu masih tebal menyelimuti diri kebanyakan kami khususnya yang datangnya dari tenggara Asia.

Sementelahan nasab persepupuan bani arab ini hanyalah nasrani dan yahudi walau pun waris jurai Haman Qarun dan Firaun selain Abdullah bin Ubay masih mengitari lingkaran rumpun bangsa ini, kami tidak layak berkongsi apa-apa di bumi barakah ini apabila bukan menjadi kroni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s