‘Saya Tidak Perlu Bermimpi’

Nilai institusi keluarga muslim apakah perlu diintikan dari program hiburan?

Atas dajjal yang bagaimana sifatnya menuju akhir zaman semakin merundumnya estetika indah kehidupan berkeluarga di dalam sebuah keluarga muslim yang kelihatannya tidak sedia diuniversalkan oleh konsep materialistik barat?


Benar kehidupan barat yang  tidak sedia mahu menerima hakikat cara hidup muslim yang sistematik dan disiplinnya berasas kepada syariah yang upaya dicapai ketenangan pada sisi rohani dan emosi bukan perasaan semata-mata sudah mulai dicabar antaranya  oleh Montegomry Watt di dalam London Times sejak lama dahulu.

Ia tidak boleh dipandang sebagai sikap anti yang bernada esktrim?


Lalu pertanyaan-pertanyaan tejathanaif@thanaif mengapa wajar dirasakan sebagai pencetus sentimen perkauman apabila muncul persamaan nilai yang dicetuskan sejak lama dahulu dari siri pemprotokalan ke atas nasab arab yang muslim?

Sering pertanyaan ini mahu dibualkan secara mendalam dengannya di dalam suasana berkasih simpati atas ketoleransian selama dua puluh dua tahun hidup bersama.

Kami telah berjaya sekadar yang mampu memiliki sebuah keluarga yang bahagia dengan sifat fitrah kerukunan mereka yang menjadi hamba Allah akan diuji dari setiap sudut kehidupan.

Ada di antaranya hasil dari ketidak bijakkan mengambil keputusan.

Ada kalanya dari kelemahan diri dan peribadi.

Ada yang didatangkan dari pihak yang berada di luar lingkaran rumah tangga dan keluarga.

Ada di antaranya hasil dari rasa ketidak puasan sehingga menolak ketetapan takdir yang ditetapkan oleh Tuhan.

Apa yang tidak wajar terjadi ialah ianya dinatijahkan dari ‘permainan dalam bentuk perjudian’ di kalangan khalayak elit dan hartawan yang cuba diikuti oleh pihak awam yang ditawarkan untuk menikmati cara hidup yang asing dari kelaziman yang diperolehi.

Lebih parah dan terasa sebagai kecacatan intelek sebuah jiwa ialah andai skrip dari ‘perang dingin’ yang menerajukan karektor ‘spy’ dan pengintipan turut menghasilkan siri-siri kerendahan moral dan etika adunan dari pencetakkan kroni untuk pentenderan yang dikongsikan secara tidak berhak turut menjadi acuan tempaannya.

‘Pelaburan global’  seperti ini sungguh membuatkan tejathanaif@thanaif tertawa.

Intelek maknanya juga ialah profesional.

Apakah ciri profesional itu hanya dimiliki oleh esekutif dan mereka yang berkarier sahaja?

Termanggu panjang tejathanaif@thanaif melihat gerbang arca menuju pintu akhir zaman yang masih belum luas bukaannya.


Saya merenung dan mulai membebankan minda dengan tafaakur yang mendalam tatkala terasa wujud persamaan sifat di antaranya dengan anak sulong kami.

Apakah yang dikhayalkan oleh mereka yang seusia sama tatkala menonton televisyen?

Apakah upaya siri rancangan-rancangan berbentuk hiburan  membina laras keupayan diri yang hanya berhasratkan kepopularan?


Mengapa cara hidup muslim perlu disukarkan hanya bagi mengisi erti kemodenan?

Apakah keinginan untuk berkomitmen dengan hukum Tuhan perlu kekal berteruan dihalang?

(Terimbas pertanyaan kepada seseorang mengenai apakah wujud syariah di dalam agama Kristian/Yahudi dan adakah  Rukun 10 yang diabaikan oleh mereka  hasil dari keperluan menjadi moden?)


Saya berasa pelik dengan masyarakat di Teluk dan masih ingin mencemuh kelemahan diri yang pernah mempercayai bahawa semua yang memakai jubah putih dan hitam itu adalah muslim sedangkan ia hanya pakaian kebangsaan bangsa arab yang turut dipakai oleh arab yahudi dan nasrani.


PC-PC untuk akses ke internet apakah maksud yang dinyatakan dari makna Bilik-Bilik dari Surat Al Hujurat?

Sifat komunikasi dan media yang membentuk persekitaran dan masyarakatnya menjadi tanggung jawab dan amanah siapa?

Aduhai.

P/S :

Jangan pekak bila diucapkan ‘ i do not need any dream!’

Disgusting .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s