Bagaimana?

Bagaimanakah menguji kebebasan yang dibawakan oleh projek kemanusiaan mu?

Jujurlah apabila berbicara.

Benarkah begitu? Sediakah dibaca pertanyaan ini , “apakah Ibrahim Affaley upaya mengujarkan usah menyemburkan arak kepada saya?”

Huhuhuhu 

Mengapa tertawa?

Syariah itu maknanya memundurkan pemikiran moden barat.

Selama ini apakah yang dibina dan apakah yang diruntuhkan dan apakah yang diasing untuk dipisahkan oleh konsep penyatuan mu? Apakah dikau menjadikan media dan saluran telekomunikasi sebagai simbol yang menyeragamkan kekeliruan dan pra sangka?

Jenayah juga ditingkatkan melalui sukan? Begitu maksudmu?

Kekuatan yang dipersaingkan jika tidak diseimbangkan dengan kemanusiaan kebebasan tidak sepenuhnya membantu. Perang dunia tidak lagi upaya dicetuskan atas kekuatan ketenteraan walau pun ianya diperlukan bagi mengkreatifkan hasil pendapatan negara. Merosakkan bangsa dan negara orang lain dengan menjajah bukankah sifat zahir etnik mu?

Maknanya bantuan Israel terhadap negara Teluk pada 1967 itu menjadi alasan sukarnya dibendung ketulenan sejarah?

Kebebasan tanpa tunjang akar iman tanpa agama akidah ia upaya dipertikaikan. Bagaimana kebebasan membina jati diri peribadi jika ia menjadikan wujud tingkah laku yang berbeza manusia sebagai individu  dan tingkah laku manusia sebagai masyarakat?

Muhahahhahhhahaha seperti watak yang dibina oleh skrip filem? Di dalam skrip menjadi manusia mulia di luar filem menjadi individu yang boleh melakukan apa sahaja atas nama hak dan kebebasan? 

Lalu kita berlakon di dalam filem atau di luar filem?

Mahu bertanya kepada siapa ya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s