Dengan Nama Mu

Bolehkah bertanya?

Silakan.

Jika pada tahun 2012 ini tidak berlaku kiamat seperti ramalan mu, apakah yang akan berlaku dan apakah perencanaan mu untuk seterusnya?

Membaca fikiran yang disembunyikan nestapanya memang amat mengujakan.

Lalu lantaran PC ini dikawal dan dibina interaksi dengan Kristian  saya mahu dirimu membaca catatan ini.

Adalah khilaf menyangka wujud pihak itu pada interaksi mu,thanaif

Menilai moral dan etika ada kalanya mempersendakan agama atau penganutnya buat mu?

Senyumannya sukar dilihat.

Perlu dikau melihat dan menerima hakikat yang berlawanan di antara diri mu dengan  diri saya sebagai muslim yang tidak bersifat  ‘suci ’  untuk menjadikan diri saya sebagai  ‘pemelihara/ penentu/penetap’ bahawa jika saya seorang yang baik dari sudut keimanannya lalu anak-anak saya  akan mendapat ‘restu’ untuk turut mendapat barkah cahaya saya.

Seseorang itu tidak boleh menanggung beban dosa orang lain lalu sejauh manakah benarnya kita sebagai  manusia boleh mengampunkan kesalahan orang lain? Begitu maksud mu?

Bagaimana dengan sifat manusia suci mahu saya memahaminya, begitukah menurut mu? 

Logik akal yang selalu kita banggakan ingin dicabarkah?

Bagaimanakah andai dikau mahu merestu ibu bapa dan datuk serta nenek malah mungkin moyang mu yang berbuat dosa  tatkala  usia mu masih muda?

Inilah moralnya bagaimana anak-anak kami tidak upaya melepaskan diri dari hak keibu bapaan kami terhadap mereka sehingga ke liang lahad.

Apakah dikau tahu mengapa kami menyebutkan nama ibu kepada setiap muslim saat mahu dikuburkan jenazah mereka?

Dia diam.

Saya mahu melihat senyuman mu bukan kebencian mu. Lalu usah cepat melulu mepolemikkan isu-isu ini kerana saya terasa kamu sengaja mempermainkan setiap ujaran saya berkenaan nilai moral etika spiritual tentang ekaristi baptisan dan pengakuan tatkala ramai yang memperlekehkan  cara khitan bayi-bayi kami selepas dilahirkan.  

Diamnya membingungkan minda ini. 

Mengapa perlu wujud isu mengenainya tatkala kami tidak mempertikaikan pembaptisan mu teja?

Kamu setankah thanaif?

Dikau marahkah teja? Tatkala saya hanya inginkan jawapan apakah dikau memerlukan dipersaingkan hakikat kewujudan manusia suci yang boleh melupuskan dosa-dosa manusia sedangkan pada hakikatnya dikau  mengambil hak Tuhan untuk meningkatkan taraf imunisasi usang mu?

Dikau mencabar keupayaan ku mengawal kemarahan dengan sifat sifat sabar mu?

Saya hanya meminta dikau menggunakan  akal waras mu dengan rasional bagaimanakah wujud manusia suci yang bersifat Tuhan?

Mahukah dikau  mempertimbangkan hakikat Trinity yang ingin saya cabar keberadaan Tuhan itu  berkahwin dan mempunyai anak, teja?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s