“BUDAK-BUDAK SUAPAN” TELAGA HITAM

Dalam diam berdoa sendiri agar tidak ada pemindahan bahan buangan sisa pepejal atau toksid hidrologi diusung masuk ke mana-mana wilayah dan tanah serta laut atau udara di tanah airnya.

Marah ini akan menyumpah dengan niat terhadap perbuatan ini!

Tidak wajar sunat-sunat ibadah berdoa hanya meminta diberikan rezeki.

Belajar juga berdoa agar tanah airnya tidak menjadi tempat pembuangan toksid dan sisa pembuangan uraian kimia oleh kerana  realiti topografi dan pelantar Semenanjung ditakungi oleh ketinggian air.

Mengapa mereka tidak membuangnya ke Singapura atau Indonesia atau Thailand atau Filipina atau  India atau Afrika atau Amerika atau England atau  Negara Teluk atau Eropah atau ke Cina selain Korea, Jepun mahu pun Rusia?

MENGAPA HANTAR KE TANAH YANG MENAKUNG KETINGGIAN AIR DI BAWAH BUMI YANG TANAH TANIHNYA DARI JENIS GAMBUS – TANAH LIAT – TANAH POROS YANG CEPAT BERTINDAK BALAS KE ATAS AIR SEMENTELAHAN KADAR PENURUNAN HUJAN YANG TINGGI DENGAN KELEMBAPAN YANG SAMA SEPANJANG TAHUN.

Sejauh manakah sedia untuk diterima kesilapan-kesilapan dalam membuat dasar memberikan natijah berlakunya perubahan radikal ke atas kehidupan alam dan manusia yang terbukti kesan tidak mengambil kira dari  :

Penggunaan senjata peralatan peperangan, kepupusan sumber alam –air misalnya menerusi projek-projek pembinaan empangan menjadikan sumber bekalan air bersih yang meningkatkan kualiti kesihatan menurun sehingga penggunaan air kumbahan untuk manusia berbanding padang-padang rumput untuk riadah mewah berstail dengan cita rasa klasik berlandskap yang menambah nilai harta yang dimiliki.

Padang golf maksud mu?

Semua orang main golfkah?

Serupa juga, semua orangkah mengkhuatiri perubahan oleh pemanasan suhu atau semua orangkah akan mengambil tahu mengenai proses menjadikan kelahiran negara dunia ke empat yang memerlukan bantuan dalam bentuk-bentuk pinjaman yang akan menjadikan bilangan warga ‘berwajah hodoh’ semakin meningkat oleh ‘sengsara’ ketiadaan pekerjaan kerana kadar upah yang tidak meningkat walau pun wujud  peningkatan harga-harga keperluan yang terus tinggi oleh penggunaan kaedah teknologi tinggi atas nama pelaburan alaf, juga bersandar kepada alasan krisis makanan yang tidak upaya diurustadbir oleh sumber tenaga yang semakin mengurang oleh pelarutan sumber alam yang didominasikan untuk perdagangan?

Siapakah yang masih membakar amarah mu tatkala tidak  ada khalayak jin yang mahu berteman dengan mu?

‘Budak-budak’ suapan di telaga hitam apakah telah terbakar oleh panas laut dan suhu gurun?’

Pantun atau syair?

Adakah pengeluar utama dan blok pengguna negara utama, konfliknya akan terus melalaikan kita untuk melihat ia adalah antara punca ketidakadilan dan keseimbangan prestasi ekonomi antara negara yang hanya menukar gilir negara dan kedudukan serta tempat juga nama syarikat tetapi tetap mengitar semula rasuah kroni dan amalan nepotisme doleh kehilangan keintegritian dek lemah kepimpinan untuk berciri unggul sebagai pengaman atau perubah zaman?

Mengapakah setiap negara tidak upaya menampung dan mencukupkan bahan-bahan asas-asas makanan untuk warganya namun upaya dan berkemampuan membekali keperluan negara lain misalnya,masih wujud warga yang kelaparan oleh kemiskinan hasil dari penafian hak-hak sebagai warga (tinggal di hutan gua dan pinggir rimba atau gurun) diAsia, tetapi terus berdaya menyuapkan warga benua lain untuk memastikan warganya terus kenyang?

Air kumbahan digunakan sebagai siraman untuk rumput-rumput bagaimanakah basahannya di pakaian dibawa untuk bersolat? 

Mengapa diam? Jawab boleh?

Marah?

Bertanya pun boleh mendidihkan darah?

Adakah kita berdikari untuk orang lain sesuatu yang relevan pada Mellinium  ini? 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s