Selamatkan Penyelamat?

Di manakah tersembunyinya lelaki-lelaki yang dibingkaikan oleh Al-Quran sehingga wujud pemudi dan wanita yang culas untuk membandingkan syurga dengan neraka?

Perkahwinan jugakah telah dimulti tradekan?

Siti Khadijah dahulu tidak dimundurkan oleh zaman yang dilaluinya mengapa pula dikau bertingkah sebaliknya?

Memfokuskan kepada ketidak bolehan Amerika menghormati wanitanyakah?

Entahlah.  Sesekali mahu tertawa tingkah yang begini rasanya tepat untuk membuatkan kita tertawa. Mereka mempromosi kebebasan dan persamaan hak serta kebersamaan di dalam membina kejayaan namun akhirnya negara inilah yang masih dengan gagahnya menafi dan mendiskriminasi wanita-wanita mereka. Telatah apakah ini wahai Cik Puan?

Saya sangka dikau mahu mempertikaikan mengenai jenis pendidikan yang hanya memberdayakan perkahwinan-perkahwinan sesama khalayak yang tinggi statusnya di dalam sosial walau pun ada yang sudah terlalu tua untuk dipanggil ‘abang.’ 

Apakah ‘glamorous’ boleh diungkapkan sebagai seni membimbing asuh bagi membenihkan pendidikan?

Saya tahu dikau menyimpan tawa. Tidak salah memberi senyuman kepada diri sendiri.

Maksud pertanyaan saya tadi ialah apakah masyarakat marhaen perlu meneladani cara hidup masyarakat ini yang sering mengusahakan dorongan kepada ransangan syahwat oleh kekayaan yang dimonopoli dan dikongsi secara mutlak?

(Saya tahu dikau terkedu melihat adegan watak ikon O itu memimpin gadis tanpa pakaian yang jelas memperlihatkan lingkaran bulat di hadapan dan belakangnya yang menzahirkan pengeksploitasian itu memang menjadi imej lelaki di gedung hiburan, menjadi imej wanita murah yang hanya mengambil endah tawaran lumayan adalah pasangan baginya)

Tanpa mengambil peduli sesama mereka di Amerika merendahkan imej mereka yang berwarna kulitnya masih wujud hanya kerana persaingan bagi pelobian?

Namun sememangnya imej kulit berwarna itu hakikatnya memang begitu hasil dari pengasimilasian masyarakat berkulit putih yang menjadi saudara mereka juga?

Apa pentingnya mereka kepada kita? Ok!

Sebelum terlupa boleh ditanyakan lagi?

Apabila gagal menyukai wanita diselesaikan masalah sesama genderkah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s