Menunggukah Dikau Rejab?

28/5/2011

Menjelang tibanya bulan-bulan mulia di sisi muslimin yang dianugerahkan oleh Allah sebagai tanda musim percintaan hamba dengan PenciptaNya, ungkapan dan istilah cinta perlu dirungkai diubah konsep dan pemahamannya untuk lebih menyerlahkan makna pahala dan dosa.

Akan bersetujukah mereka thanaif?

Cara ahli syurga berkasih sayang apakah serupa dengan cara ahli neraka bercinta?


Lalu sudah pasti yakin memang wujud cara berkasih sayang yang menjarakkan manusia dengan neraka apabila dikenali sifat dan ciri yang upaya membawa masyarakat Mellinium ke neraka.

‘ Mereka terlalu memberikan penanda pada setiap kilometer, batu kerikil juga mahu diambil hitungan jumlahnya tatkala udara dan angkasa dikuasai oleh warna-warna yang didominasi oleh awan, langit dan pohon kayu kayan.’

‘ Mereka menunjuk warna pelangi juga thanaif.’

‘Setelah mereka jemu dengan awan dan langit? Begitulah realiti kelemahan manusia yang sering mahu menjadi sempurna teja. Menjadi terbilang terbaik tercantik terghairah terseksi sehingga menjadi tersiksa, begitulah kita teja.Tidak jujur mahu melihat dengan cara yang benar.’

‘Salahkah berguru dengan para motivasi thanaif?’

‘Setelah dikau menyalahkan para ulamak ustaz dan ustazah yang masih dengan susun ilmunya bermula dengan hakikat mengenal sifat Allah. Semakin menggusarkan saya apabila masyarakat kini mahu diaturkan cara kehidupannya dari televisyen yang sememangnya lokasi dan straktur pembinaannya hanya untuk menyebarkan pengaruh kepenggunaan yang dicorakkan oleh nilai materialistik.’

‘Kehidupan muslim yang mukmin itu berbeza thanaif, walau pun beragama?’

‘Benar. Ia berbeza dari cara kehidupan masyarakat lainnya.Akal fikiran adalah saksi yang membenarkan Al-Quran dan teladan dari sunnah Nabi dari peninggalan Hadis. ‘

‘Lain dari sudut apa thanaif?’

‘Penerimaan wahyu itu perlu diamalkan dalam membentuk diri insan teja. Akal fikiran mu sering mahu menerima perkara yang munasabah sahaja.Akal mu hanya meminta yang logik sahaja. Di situlah menjadikan dikau bermasaalah.’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s