Berfikir Juga Aktiviti

Terlayang seketika bagaimanakah terpancarnya kisah cinta Saidatina Khadijah tatkala menatap kemuliaan akhlak Nabi Muhammad SAW?

Adakah dikau terganggu oleh  nasab keluarga mulia itu yang jurai keturunannya kini tidak lagi dikenali untuk diteladani?

Saya berasa sudah tiba saatnya tidak lagi aksi ‘pelacur’ di kalangan wanita keluarga di raja saudi dan teluk menjadi imej di dunia muslim. Ia menyilukan naluri sanubari ummat yang memandang, merasa dan upaya juga menilai.

Ia memungkinkan untuk diujarkan agar dibendung  aktiviti menemukan jodoh  di kalangan lelaki tua yang umumnya kaya dengan wanita-wanita muda? Begitukah maksud mu yang tersirat di minda?

Gadis dan wanita itu diasuh dengan kasih sayang materialis. Saya merasakan perkahwinan eliet seperti itu tidak banyak membantu ditangani isu kerendahan moral dan nilai kerosakan akhlak di dalam masyarakat kita selain hanya untuk membuktikan keklasikal peribadi mereka yang berpiawaian dengan kewibawaan oleh kebolehan dan cita rasa bersifat antarabangsa.

Tidak kedengaran di jiwa saya wujud rasa cemburu di minda mu seperti yang sering didakwa pada mu.

Penyelamat ummah biasanya kuat berpuasa bukannya bersenggama.

 

Senyumnya semakin manis.

 

Di dalam realitinya apakah erti perkahwinan apabila ianya hanya mahu membuktikan cinta atas kekayaan (apakah upaya ditanyakan kekayaan yang dimiliki itu benar-benar milik yang diwariskan atau masih milik yang disandarkan pada pinjaman dan milik yang miliki hak yang perlu dipulangkan)

Mengapa berfikir begini?

Lantaran masih wujud orang muda yang tidak berpendapatan atau kecil wang saraannya terbiar ‘kempunan’ apabila semakin ramai wanita mata duitan yang mahu berbangga dengan kemewahan setelah berkahwin.

Mengapa dengan lelaki-lelaki muda mu?

Umumnya lelaki-lelaki muda ku tidak berpendapatan tinggi meski mereka telah menapak dari menara gading. Mereka teruk didera untuk membayar tol, minyak, tunggakan lewat membayar pinjaman pendidikan, melunaskan cukai-cukai pendapatan malah mereka juga berhadapan dengan cabaran untuk menepati tempuh pembayaran pinjaman kenderaan.

Andai benar mahu membantu mereka berdikari kurangkanlah memberi perhatian kepada lelaki yang terlara setelah kematian isteri atau wanita yang hanya teringin bersuami setelah lama menyendiri.

Mengapa?

Mereka telah pernah menjalani kehidupan bersuami isteri sementelahan longgokan kes-kes bermadu kesan dari suami-suami yang tidak peka atau tahu melunaskan amanah dan kewajipan beristeri lebih dari satu yang mewujudkan penderaan emosi anak-anak masih tidak dapat ditangani bagaimanakah tangungjawab sosial yang sebenarnya mahu didepani jika ia hanya mengitar isu kemanusiaan dan kebajikan korporat sahaja.

Masyarakat mu berkomuniti. Pasti pelbagai jenis status mereka perlu dicermati.

Wajar diajari lelaki-lelaki yang pemurah dengan kasih sayang ini dan wanita-wanita yang sekeranjang berbakul empati oleh keseungguhan agar kesunyian upaya ditrapikan bagaimana ditangani tuntutan hak selepas perceraian oleh nafkah eddah dan hadhanah bagi hak penjagaan anak-anak setandingkah dengan kos peruntukkannya sebagaimana nilai perkahwinan yang diulang semula majlisnya? Lelaki dan wanita muda ku perlu diajari agar tidak berasuah untuk meningkatkan pendapatan dan tidak menggunakan kad kredit agar tidak direndahkan gaji mereka dengan potongan membayar hutang.


		

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s