Bahasa Minda

‘Di manakah mahu dikau letakkan kepercayaan setelah sebegini lama semuanya seperti diabaikan?’

Apakah dia mahu memulakan semula kekeliruan?

‘Dikau memerlukan alasan yang kukuh untuk tidak melibatkan diri dengan komuniti yang menjadi penyamar di sini.’

‘Dan tanpa pengetahuan mu kebanyakan mereka menjadi sebahagian dari pewaris wawasan yang bertanggung-jawab membinasakan bahasa dan keaslian jati diri berperibadi.’

Suara-suara itu mendatangi ke ruang minda setelah sekian lama menyepi.

‘Masakan tidak, buku-buku penerbitan Amerika atau England selain Eropah masih ditaja untuk kegunaan anak-anak bangsa di seluruh benua.’

‘Lantas bagaimanakah keindahan Islam mengaturkan adab pembelajaran dari peringkat kandungan dan usia mumayyiz, bab-bab taharah bersuci dengan pengilmuan pemahaman najis dan hukum yang menyempurnakan ibadah, upaya dihuraikan apabila nahu dan langgam tatabahasa pembacaan tidak sama dengan laras percakapan?’

‘Isunya bagaimana setelah berdekad abad usia baru meninggalkan usia lama dunia, semua ini masih dikekalkan? Masih tidak berjayakah proses-proses itu selama ini?’

‘Masalah di dunia Islam ialah sudut usia yang dibazirkan oleh pendidikan. Masih pada usia remaja (malah pada usia belia) proses pengenalan ilmu-ilmu fardhu ain berterusan diulangi pembelajarannya sedangkan pada usia begini di negara yang lebih maju, telah dimulai usaha mengukuhkan pengembangan penyelidikan untuk bidang-bidang yang mereka ada pengalaman mengenainya.’

‘Sungguh, di dalam diam diri menafsirkan fardhu kifayah adalah umpama makro dan fardhu ain ialah mikro di dalam pengistilahan. Ini adalah  sisi pandangan peribadi saya teja, untuk mengaitkan bagaimana sudut kesyumulan syariah itu juga melepasi penggunaan bahasa. Apakah khilafnya  kewajaran untuk mempelajari bahasa kebangsaan saya bukan menukar semua isi kandungan buku ke dalam bahasa mu tatkala para pengembara sebelum perang dunia bermula sudah memperakui bahasa ku sebagai lingua franca yang dituturkan oleh pegawai di Syarikat Hindia Timur samada yang berbangsa Belanda, Portugis selain Inggeris dan Sepanyol di samping pedagang arab cina dan india. ‘

‘Ápakah masalah mu teja?’

‘Bahasa thanaif , bahasa itu penting untuk mendepani kemelesetan dan kemunduran minda muslimin yang senang untuk bergantung di bawah ketiak pemayung yang upaya menaburkan faedah nikmat dan wang setelah kuasa.’

‘Sehingga bahasa kian bersifat ‘cakar ayam’  oleh keperluan menyingkatkan ayatnya memudahkan maknanya?’

 

‘thanaif’, jika akhirat itu umpama mimpi ianya mudah di atur… tidak begitu nilai bahasa apabila tanpa bermimpi kita masih upaya bersuara.’

 

‘Cuba difikirkan mengapakah peradaban menghilangkan kewarasan apabila setiap ruang kehidupan dipersaingkan diberikan perlawanan sedangkan tidak wajar setiap kegiatan kita bertujuan yang demikian?’

 

Nilai kebendaan masih berada di dalam lingkaran kehidupan bermasyarakat dan ia mendepani kemelut interaksi litar saliran pancar gelombang apabila ia bertindak menjadi pengawalnya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s