Catatan Sepanjang Jun

Catatan yang tertinggal ditatap kerana entah siapa yang meninggalkannya di situ :

13/Jun/2011

0806 pagi

Catatan  demi  catatan telah mereka ambil demi  melupuskan  nama  pena  ku yang tidak mahu  dikongsikan dengan mereka  yang  bukan  menjadi  pilihan ku.

Terjemahan dan penterjemah  telah memanipulasikan  sepenuhnya  nama  pena  ku.

Saya jujur  mengujarkan  pertanyaan :

Selama manakah  bacaan indeks GDP  menjadi bahan  kajian  ilmiah  para  pengatur  keewangan  apabila  keadaan  kekal  didominasi  oleh  khalayak  ‘bilionaire’  yang hanya  berjumlah  kurang  dari  2 000  orang  yang  taburannya  tidak sekata  tidak  saksama  tidak  berjaya  mengorientasikan  pembasmian  kemiskinan?

Bagaimanakah  pula kesan  yang  dibina  oleh siasah  apabila  jawatan  ahli-ahli Majlis  Senate / House of Parliment  / Duma / Parlimen  telah  menjadikan  jawatan –jawatan  sebagai  perwakilan  rakyat  dianggap  jawatan  yang  berpendapatan  dan  mahu  dikekalkan  untuk  diwarisi  oleh  keluarga  sehingga  membina  dinasti?

Apakah  mereka  ini  tidak  bermaruah  atau  sememangnya  dididik  untuk  menjadi  diktator  tatkala  rakyat  semakin  menjadi  bijak  dan  mampu  menguasai  diri  mereka untuk  mengadili  ahli  perwakilan tatkala para perwakilan itu bukan terdiri dari para penaja dana dari yunit Yayasan yang menerajui sektor Korporat?

Adakah jawatan sebagai Ahli Parlimen meninggalkan kesan yang tinggi ke atas cara kepimpinan di tanah air dilahirkan sehingga ia dianggap sebagai jawatan tetap yang berpendapatan tinggi yang hanya layak buat parti-parti yang menubuhkan kerajaan dan ahlinya sahaja bersaing untuk mendapatkannya sehingga melahirkan persaingan yang melemahkan pentadbiran negara?

Adakah wujud negara tanpa rakyat kepada sesetengah kepimpinan yang sering memusatkan kepentingan keluarga dan kumpulannya berbanding rakyat yang turut menjadi ahli kepada negara?

KHILAFKAH JIKA DITANYA APAKAH KELEMAHAN  TERASA  APABILA  HENDONISME  TERLALU  INGIN  MELONJAKKAN  DUTA DUTA  DI TINGKAT  38  PBB?

Bukankah sebahagian besar dari mereka telah dibentuk dan dilahirkan untuk menjadi pekerja yang mendanakan wang bagi membiayai projek  kemanusiaan  PBB sejak mereka berusia kanak-kanak lagi?

Siapakah yang mahu menukarkan ‘masyarakat ini’ agar  tidak lagi diprogramkan  untuk  ‘memusnahkan’ ummat?

Catatan itu dilipat semula untuk menghadami makna yang tersirat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s